Saturday 2 September 2017

Aidiladha 2017

Hari Raya Aidiladha 2017. Tidak banyak persediaan yang aku lakukan. Letih berjalan jauh waktu penutup Sukan SEA masih berlarutan, nak jalan pun susah, rasanya penangan naik tangga stadium sampai ke tingkat lima...hambikkk. Apapun, raya tetap raya, pasar tetap aku pergi, beli ayam dan daging kemudian memasaknya. Tak banyak juadah yang aku sediakan untuk raya kali ini kerana aku memang tak larat, namun nasi minyak dengan ayam masak merah dan kari daging tetap ada.

Pagi Aidiladha kami berada di rumah. Barulah aku berkemas untuk pulang ke kampung halaman Mr Hubby. Aku sungguh-sungguh lesu... kakak Yeye, menjadi tetamu pertama kami bersama keluarganya. Hanya sekejap kami melayaninya kerana kemudian kami bergerak balik ke kampung. Perjalanan lancar walaupun kereta masih banyak di lebuh raya.

Berada di kampung pun aku masih tak larat. Masa aku lebih banyak dihabiskan berbaring sahaja di katil di dalam bilik. Orang menyembelih lembu pun aku hanya melihatnya dari tingkap bilik. Ada juga aku keluar sekejap, niat nak menyaksikan sembelihan dari dekat namun aku tak larat, terus berpeluh jadi daripada melarat lebih baik aku berbaring sahaja. Mujur Ammar tak banyak kerenah dan bijak membawa diri, hanya Afrina yang cerewet dengan kehidupan desa dan hal-hal remeh.

Syukur juga keluarga Mr Hubby sangat memahami keadaanku, juga Mr Hubby yang memang tak mahu menggangguku dalam rehat. Nak melangkah pun rasa sakit, badan pun lenguh-lenguh, sesekali aku memicitnya sendiri... barangkali inilah penangan berjalan jauh dalam keadan diri lelah dan sarat. Dengan kesibukan kerja, berkejar ke Sukan SEA, ke pasar, memasak dan balik kampung yang menempuh perjalanan jauh... fuh.

Apapun Selamat Hari Raya Aidiladha, korban di laman rumah tetap berlangsung dengan lancar walaupun kali ini tak seramai kebiasaannya. Pukul 7.30 pagi sembelih, pukul 10 semua dah selesai dan tengahari masing-masing sudah pulang ke rumah masing-masing. Alhamdulillah.



No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers