Sunday 18 June 2017

Imarahkan Ramadan, Iftar Bersama

Saban minggu rumah kami sentiasa ada anggota keluarga yang berbuka bersama-sama. Alhamdulillah, mereka datang membawa keberkatan dan membuka ruang rezeki yang melimpah ruah dalam keluarga kami. Tambahan pula bapak bersama kami jadi tentunya tumpuan adalah bagi menceriakan bapak dalam setiap hari-harinya. Tiada jemputan pada sesiapa untuk datang, namun aku amat terbuka pada mereka yang mahu beriftar bersama kami.



Dalam keluarga besar, tentunya masa yang ada perlu dibahagikan, maka aku memahami sekiranya ada anak cucu bapak yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersama, walaupun ada juga yang dah berjanji tapi tak tertunai. Keluarga abang Hakim saban minggu akan mencari ruang untuk berbuka di sini. Minggu pertama ada keluarga abang Bullah, minggu kedua ada Nani dan Jamilah dari Singapura, minggu ketiga ada keluarga sahabat Mr Hubby, Cik Li bersama kami, ada juga Angah, kemudian Zack mencari ruang berbuka di sini selain abang Maili dan abang Kamal yang datang bertemu bapak. 


Kemeriahan beriftar beramai-ramai dengan juadah dan sederhana amat menyenangkan. Sesekali Mr Hubby masuk dapur sediakan chicken chop, nasi ayam, bihun sup utara, laksa, ayam goreng berempah dan ada juga kuih muih.

Alhamdulillah, semoga rezeki kami dapat terus dikongsi bersama-sama dengan mereka yang bertandang ke rumah kami... datanglah bila-bila sahaja, pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk menerima tetamu yang tentunya menyerikan barakah untuk kami sekeluarga.

 

 











No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers