Sunday 21 May 2017

Berkeluarga di Tasik Perdana

Sudah lama Mr Hubby tak bawa kami sekeluarga bersantai di taman sedangkan beberapa tahun lalu boleh dikatakan saban minggu kami akan ke taman tasik. Kali ini tanpa perancangan sebenarnya, hanya menunaikan janji pada anak-anak yang mahukan pizza namun kemudiannya terus ke Taman Tasik Perdana. Tempat letak kereta penuh, menandakan ramainya pengunjung ibu kota yang meluangkan masa di sini. Tempat kebiasaan bagi aku suatu masa dahulu namun kini sudah lama tidak dijelajahinya.

Anak-anak berkejaran di taman permainan, gelongsor, buaian, jongkang-jongkit semua dinaikinya. Ammar pertama kali kami bawa ke sini, 'wow', katanya. Dia ceria dan berseronok ke sana sini berlarian dengan dikejar oleh kakak-kakak dan abangnya. Kemudian kami menaiki tram berkeliling di sekitar taman. Banyak perubahan yang sudah berlaku di sini. Indah, cantik dan menghijau pandangan masih tetap terpelihara.

Taman Tasik Perdana, laman indah menghijau yang ada di tengah-tengah ibu kota, amat sesuai untuk pelbagai aktiviti riadah khususnya dalam mengakrabkan hubungan kekeluargaan dan melepaskan ketegangan setelah penat bekerja.

Lain kali boleh datang lagi....




 





No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers