Monday, 24 April 2017

Sukan Tahunan SKS1BK, Amira, Ameer & Nina

Sukan tahunan kali ini lebih terasa bahangnya lantaran tiga beradik mengambil acara masing-masing. Tiap malam ada-ada sahaja cerita dari mereka untuk acara yang mereka sertai. Kakak masuk perbarisan, Ameer dan Nina ada sukaneka. Kali ini berlangsung pada 23 April 2017, Ahad di padang sekolah SKS1BK. Acara dijadualkan bermula pukul 8.00 pagi. Si kakak perlu berada di sekolah sebelum pukul 7.00 pagi untuk bersedia bagi perbarisan sementara bagi Ameer dan Nina dalam pukul 8.00 pagi.
Untuk si kakak bersukan atau menyertai apa-apa acara alamatnya dalam mimpi sajalah. Menang saringan lari 100 meter terus tarik diri, acara lompat jauh mengelat pergi ke lain, lompat tinggi langsung tak pergi, cuma masuk acara tarik tali... kalah pula....

Ameer sebagaimana biasa sangat teruja. Dia masuk acara larian untuk murid tahap satu. Begitu juga dengan Nina. Tiga beradik, lain-lain pula rumah sukannya. Amira rumah kuning, Ameer rumah Merah dan Nina rumah Hijau.

Sesampai di sekolah, Nina menemai aku setiap masa. Amira dan Ameer sudah bersama-sama rakan masing-masing namun Nina, hanya apabila tiba acara sukannya barulah dia meneyrtai yang lain.

Acara sukan dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan, Kreatif sungguh guru-gurunya. Kemudian ada upacara menaikkan bendera, bacaan ikrar, ucapan guru besar, Puan Hjh Zalijah dan ucapan perasmian YDP PIBG sekolah.

Cuaca cerah semakin membahang panas. Namun anak-anak masih teruja dan bersemangat dengan acara masing-masing. Nina mendapat johan dalam sukanekanya sementara Ameer di tempat ketiga. Amira dapat la juga pingat penghargaan sebagai peserta perbarisan....










 





 

No comments: