Saturday 11 March 2017

Hari Lahir Ameer Sembilan Tahun

Ameer yang begitu 'banyak akal'. Ada saja perangainya yang mencuit hati, suka bersenda, gemar mengusik, mengacah dan 'lembut hati'. 7 Mac 2017, untuk hari lahirnya, dia begitu teruja. Tiap malam, dia akan memberi tahu adiknya, 'esok hari jadi abang...' Hari-hari hari jadi dia seorang, kerana baginya hari-hari adalah istimewa. 

Sambutan dibuat pada Sabtu, tetapi hanya kami sekeluarga. Permintaan Ameer untuk hari lahirnya mahukan kek coklat dan hadiah 'hot wheels'. Juga mahukan abah masak chicken chop. Aku minta Ameer sendiri membancuh kek coklat yang dimahukannya. Dia rajin ke dapur, bertanya itu ini, sukarela membantu dan banyak pula omelannya. 



Pukul 6.00 petang, sebuah kereta menurunkan seorang kanak-kanak di depan rumah. Kawan Ameer, Hafi dari Pangsapuri Mayang. Rupanya Ameer menjemput kawan-kawannya untuk datang berhari jadi. Mujur pula memang kami menyediakan makanan. Ameer... Ameer, ikut suka hati saja menjemput orang tanpa memaklumkan kepada kami. 

Selamat hari lahir Ameer. Keceriannya menjadikan rumah kami sentiasa meriah dengan jerit, tawa dan tangis adik-adiknya yang sentiasa diusik. Semoga kelak tingkah Ameer yang ramah, bersahaja dan berani akan memberi manfaat bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada masyarakat untuk khidmat bakti hingga ke akhir hayat... InsyaAllah. 





 

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers