Saturday 11 February 2017

Ruang Hujung Minggu Bersama Keluarga

Apakah pengisian untuk hujung minggu? Sejak kebelakangan ini rutin kami berubah, saban minggu keluargaku lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Tentunya ini berbeza sekali dengan tahun-tahun lalu yang acapkali kami keluar rumah, sama ada makan di luar, berjalan-jalan atau apa-apa sahaja aktiviti lain.

Berada di rumah bukan bermakna kami tidak boleh menikmati makanan enak yang terhidang di restoran-restoran mewah atau memenuhi selera kami. Sebutlah sahaja apa-apa makanan yang tergambar difikiran maka tentunya akan dilaksana untuk dinikmati sekeluarga.

Kebiasannya Mr Hubby yang akan masuk dapur mengambil tempat memenuhi permintaan kami anak-beranak. Dari bihun sup utara, nasi ayam, ayam goreng berempah, nasi arab, daging goreng halia hinggalah kami ber'shellout' dengan hidangan makanan laut, chicken choop, chicken grill dan black-paper sauce, garlic bread dan mushroom soup, fish and chip termasuklah maggie maka semuanya homemade

Itu belum lagi makanan pencuci mulut seperti kek coklat, red velvet, cup cake, banana split, kek pisang, puding roti termasuklah kuih-muih Melayu dengan kuih bakar, bingka, donat, pau dan juga kuih keria gula Melaka yang tular di media sosial. 

Seronok memasak, sambil-sambil mengeratkan ikatan keluarga maka dapat makan sepuas hati hinggakan bertambah dua tiga kali atau berulang ke dapur berkali-kali dengan nilai kos yang sangat memuaskan hati. 

Sememangnya, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Semuanya boleh dilaksana. Ditambah dengan keluarga yang besar dan anak-anak yang ramai, bapak pula uzur dan tidak boleh ditinggal sendiri sementara banyak juga aktiviti harian anak-anak yang perlukan pemantauan terutamanya kerja sekolah yang menimbun. 



 


 



No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers