Saturday 18 February 2017

Afrina Genap Tujuh Tahun...

Afrina genap tujuh tahun. Baginya, usinya ini dia sudah 'besar', bukan lagi kanak-kanak sebaliknya sudah boleh berdikari dalam banyak perkara. Ya, perlu ke sekolah, menyiapkan keperluan diri sendiri dan boleh membuat keputusan sendiri. Memang, perwatakan Nina berbeza dengan kakak dan abangnya. Nina terlalu cerewet, paling mudah jika dikategorikan sebagai 'perfectionist'. Jika sudah hitam pilihannya maka dia tidak akan berganjak menjadi putih kerana itu kehendaknya. Bukan mudah untuk mendekati Nina kerana dia sangat memilih.


Nina mahukan kek coklat, ada sambutan kecil-kecilan. Sebagaimana biasa akan dibuat bersamaAchik memandangkan tarikh lahir yang hanya berselang sehari. Kebetulan pula abang Maili sekeluarga datang, maka bertambah meriahlah jadinya.  

Semoga kelak Nina akan menjadi insan yang bijak dan matang dalam melakukan apa-apa sahaja, berjaya di dunia dan akhirat dengan ilmu yang bermanfaat.

 












No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers