Saturday, 14 January 2017

Bunga-bunga Laman Rumah

Laman rumah berbunga-bunga. Beraneka warna menyerikan pandangan mata. Tanaman Mr Hubby menyejukkan suasana, menyerlahkan alam ceria dikala pintu terbuka dengan mata tertumpu ke aneka tanaman yang ada. Daunan menghijau, ada pula ros merah jambu, matahari, orkid merah, kuning, putih dan ungu.  


Aku amat gemar duduk berpagian di laman rumah di hujung minggu menghirup minuman sambil mendengar kicauan beburung peliharaan Mr Hubby yang mesra menyapa. Melihat pohon-pohon yang meliuk lentok disapa angin gemalai... damai... Kesyukuran dipanjatkan. 


Jika tidak pun aku akan merumput di kawasan sekitar. Membuang daunan kering dan mencantas pucuk-pucuk yang mencacatkan, mencabut pohon-pohon liar yang tumbuh tanpa diundang serta merataka rumput mutiara yang mula menjalar tanpa haluan. 

Mana-mana pasu yang rasaku menggangu pandangan akan aku alihkan. Disusun semula tanpa pengetahuan Mr Hubby dengan harapan agar sentiasa direstuinya...hehehe. 

Aku lebih suka suasana yang luas terbuka, namun Mr Hubby gemarkan tanaman melata dan tumbuhan merimbun di setiap sudut yang ada. Dengan anak-anak kecil... aku gemarkan ruang yang besar agar mereka dapat bersantai. Pintaku pada Mr Hubby, cuckup-cukuplah bunga dan pokok yanga ada sekarang, usah ditambah lagi lantaran bimbangkan kepadatan di laman yang akan gagal memesrai alam. 



No comments: