Thursday, 15 December 2016

Annual Concert Ars Nova Music 2016 - Merry Music Merry Hearts


Konsert tahunan untuk kelas muzik Ars Nova Music Centre. Amira dan Ameer turut serta untuk persembahan mereka. Kali ini konsertnya diadakan di The Gardens Theater dengan tema 'Merry Music Merry Hearts'. Amira akan bermain piano dengan lagu An Old Folk Tune manakala Ameer akan bermain ukulele lagu Mary Had A Little Lamb.

Pukul 3.00 petang sesi latihan dan pukul 8.00 malam persembahan bermula. Amira menjadi sukarela membantu Ms Ow bersama sekumpulan pelajar lain untuk menyambut para tetamu yang hadir. Dengan tempat yang menarik, para penonton juga amat sporting memberikan sokongan, tepukan gemuruh untuk setiap peserta yang membuat persembahan.

Syabas anak-anak mama, membuat persembahan di pentas yang gah dengan penonton yang ramai. Ameer lebih bersahaja, sementara Amira memang nampak matang. Teruskanlah minat yang ada untuk menyokong perkembangan yang lain. Tahniah!

 
















No comments: