Tuesday 18 October 2016

Hiasan Laman Rumah

Laman rumah bertambah meriah. Kali ini ada tambahan tumbuhan hijau yang berjuntaian. Pelbagai pokok yang digantung meriah menceriakan pandangan mata. Ada juga tambahan pokok ros berwarna pink, juga pokok-pokok orkid yang makin menawan. Tak cukup dengan itu, Mr Hubby upgrade rumah burung... dari dua pintu bertukar menjadi empat pintu. Wahhh... rumah burung pun bertukar wajah, lebih besar dan lebih sesuai untuk burung-burung yang berpasangan di sangkar. Bukan hanya bunyinya yang menyeri laman tetapi warna-warni tubuhnya juga menggamit pandangan. Cantik.


Tidak hanya di laman depan tetapi di ruang belakang juga ada sepasang burung yang mesra berkicau. Burung tekukur di ruang belakang sementara rumah burung empat pintu yang riuh saban pagi di laman depan. Ada burung love bird dan cockatiel yang asalnya dari Australia.

Emmm... double standard nampaknya Mr Hubby, mentang-mentanglah baka tempatan maka burung tekukur yang warna kelabu kehitaman diletakkan di ruang belakang sedangkan burung berwarna-warni di laman depan... hehehe...

Tempat kegemaran Mr Hubby sepanjang di rumah, awal pagi menjengah laman, menyiram pokok di laman depan dan tanaman herba di belakang - ada kari, limau purut, daun sup, kunyit, halia, serai, bawang, cili - memberi makan burung-burung, ikan dan kemudian bersantai... 







 

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers