Friday, 29 July 2016

Aidilfitri Anak-anak di Sekolah

Ceria anak-anak menyambut Aidilfitri dalam jamuan yang diadakan di sekolah. Sekolah Kafa Al-Itqan mengadakan inisiatif untuk majlis yang meriah dengan juadah dibawa oleh anak-anak ini. Ammer bersekolah di sesi pagi manakala Amira di sesi petang. Kebersamaan yang akrab dengan anak-anak ini berbaju raya berwarna-warni dan kemudian membuat persembahan lagu-lagu hari raya. Amira yang semakin meningkat remaja sudah terbiasa untuk tampil secara sukarela dan kemudiannya bernyanyi bersama kawan-kawannya. Bagi Ameer, dia masih anak kecil yang perlukan banyak bimbingan dan masih mengikut sahaja. 

Tahniah untuk guru-guru Al-Itqan yang sememangnya amat menyantuni anak-anak dengan mesra dan ramah. Pada Ustazah Liyana, Ustaz Muhammad dan Ustaz Abu yang banyak memberi bimbingan. Semoga ilmu dan perhatian yang ditumpahkan dapat menyemai anak-anak menjadi insan berguna kelak. Selamat Hari Raya Al-Itqan. 
Afrina di Smart Reader juga turut mengadakan majlis sambutan hari raya dengan Nina turut berbaju raya ke sekolah. Ceria dia meraikannya bersama rakan-rakan dan guru-gurunya. 


Ameer bersama Ustaz dan rakan-rakannya




Afrina bersama-sama rakan-rakan seusianya...

No comments: