Tuesday 7 June 2016

Salam Ramadan 1437H


Ramadan datang lagi. Salam Ramadan buat semua dengan kehadirannya memberikan seribu makna. Betapa hati juga perlukan penyucian dan Ramadan ini adalah bulan kemuliaan untuk kita semua meningkatkan ibadah. Kali ini bapak bersamaku juga, seperti tahun lalu. Bukanlah janggal. Abang Hakim sekeluarga bersahur dan berbuka bersama-sama kami untuk Ramadan yang pertama ini. Kemeriahan jelas terasa dengan anak-anak amat teruja.


Menu yang dihidangkan biasa-biasa sahaja. Sahur sebelumnya Meah masak semuanya, istimewa ketam masak lemak. Untuk berbuka, tidak perlu ke bazar Ramadan. Air cincau dan air tembikai ada. Roti John Didi yang masak, ayam percik pun terbaik dari dapur sendiri. Rendang ayam semalam telah aku sediakan, kegemaran Amira. Ada tomyam sebagai kuah untuk bapak. Tak perlu kuih-muih banyak-banyak kerana semuanya memang 'perut nasi'. 

Syukur, Ramadan pertama berlangsung lancar, kebersamaan adalah satu kebahagiaan, berkumpul bersama penuh dengan keceriaan. Alhamdulillah...




No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers