Saturday, 11 June 2016

Ammar tak sihat

Ammar tak sihat, pertama kali demamnya berlarutan dengan batuk dan hidung yang basah. Kasihan Ammar, nampak tak selesa dan tidur malamnya juga banyak terganggu. Badannya juga panas, sudahnya aku dan Mr Hubby membawanya ke klinik. Kebetulan pula doktor yang merawat aku kenali dengan baik, Dr Akmal.

Suhu Ammar 39 darjah celsius. Ubat bontot dimasukkan dan kahaknya juga banyak. Nap diambil agar kahak mencair dan dia dapat bernafas dengan mudah.

Kalau menurut kata orang tua-tua, bayi demam nak berubah sikap. Barangkali inilah demam Ammar. Jika dilihat gigi susu pertamanya mula tumbuh dua batang di bahagian bawah. Semoga Ammar cepat sembuh dan kembali ceria dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.

 


No comments: