Sunday 15 May 2016

Manfaat Laman Kecil Jadi Taman

Di hadapan rumah ada taman kecil. Biarpun laman yang ada tidak luas tetapi Mr Hubby manfaatkan keseluruhan ruang yang ada untuk tanaman dan beberapa haiwan peliharaannya. Pelbagai tumbuhan menghijau ditanam menghiasi semua ruang. Ada juga tanaman berbunga seperti bunga ros, bunga melur, pokok pukul sembilan dan beberapa bunga-bunga kecil lain. Semuanya hasil tangan Mr Hubby yang memang amat akrab dengan tumbuhan. Di sudut bucu bersebelahan pintu ada kolam kecil, pancutan air memercikkan bunyian kecil disulami dengan kicauan beburung peliharaan Mr Hubby.

Ada beberapa ekor burung di sangkar di hujung taman dan ada juga yang digantung berasingan. Ada tempat duduk disediakan oleh Mr Hubby, Tempat duduk bapak saban pagi sementara aku belum keluar bekerja, juga tempat anak-anak bersantai saban petang jika tidak bersekolah. Biarpun laman yang ada kecil tetapi ruang ini menyerlahkan suasana yang aku idamkan. Pandangan menghijau dengan bunyian air dan kicauan burung yang menenangkan. Seakan-akan aku berada di desa nan permai.


.



 

 

   






No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers