Monday 14 March 2016

Bersama Geng Ke Cherating

Percutian keluarga bersama-sama kawan-kawan pejabat dirancang dalam masa yang singkat tetapi berlangsung dengan lancar. Semua pihak memainkan peranan dari awal perancangan dibuat. Dimana lokasi untuk bercuti, siapa uruskan penginapan, bila, berapa hari, apa makanannya, apa pengisian percutian, kosnya, bertolak pukul berapa, anak-anak macam mana. Semua perkara diperhalusi dengan kos seminimum mungkin diambil kira.

Sudahnya, persetujuan dibuat, ada sepuluh keluarga - bermakna lengkap semuanya. Bercuti di Cherating, penginapan mesti ada kolam renang agar anak-anak dapat berseronok, mesti ada pantai supaya ada aktiviti barbecue di waktu malam dan siangnya ada acara sukaneka untuk keluarga dan anak-anak kecil.

Jawatankuasa dibentuk. Ada bendahari, ada ajk penginapan, ada ajk makanan, ada ajk sukan dan ada logistik. Masing-masing menawarkan mana yang perlu dan saling mengisi kekosongan yang ada. Sudahnya, semua keperluan lengkap hasil kerjasama yang mantap.

Bercuti tiga hari dua malam di Samsuria Beach Resort, Cherating dengan apartment tiga bilik melibatkan 47 orang kesemuanya. Memang meriah. Kami berkumpul pukul 9.00 pagi di Petronas Karak. Sementara menunggu minum pagi dahulu. Kemudian kami secara konvoi berlepas menuju ke tempat makan tengahari. Hidangan patin istimewa di Mabiq yang menjadi kegemaran kawan-kawan. Walaupun aku dan Mr Hubby tidak makan patin tetapi kami turut menikmati hidangan yang enak dengan tempat yang amat selesa. Ada daging salai masak lemak, sup ayam dan ayam goreng sebagai pilihan. Anak pula bebas berlarian, duduk atau berbaring di dalam dewan makan yang dikhaskan untuk kami semua. Duduk bersila dengan makan berhidang...

Sesampainya di resort, proses memunggah barang dibuat dengan teratur. Anak-anak masih belum menunjukkan kemesraan antara satu sama lain. Masing-masing masih saling berpandangan tanpa sebarang teguran. Mr Hubby dibantu gugirls menyudahkan bahan untuk barbecue, ada kambing, ada ayam, lembu dan sosej untuk anak-anak. Mr Hubby menggunakan resepinya untuk hidangan malam ini, ditambah dengan mashed potatoes, black paper source dan mushroom source. Pukul lima petang, ada yang turun ke pantai memastikan tempat untuk barbecue ada. Anak-anak bermandian di kolam renang. Memang santai berada di pantai, makan-makan dengan angin bertiup nyaman dan anak-anak bermain pepasir sementara golongan bapa yang sibuk membakar.

Hari kedua percutian dimulakan dengan sukaneka. Itu pun semuanya selepas bersarapan pagi yang disiapkan oleh Ummi Lin dan Mommy Farah dengan dibantu gugirls. Lebih mudah sebab Mommy Farah bawa periuk magic Noxxa so memang cepat dimasak sedap dimakan. Rumah depan masak, rumah ni buat air, mama Zills & mama Fills beraksi - so kerja yang berat menjadi ringan. 

Anak-anak memulakan sukaneka berdasarkan pembahagian kumpulan yang telah dibuat oleh ajk sukaneka sebelum ini, meriah dengan suara mak bapak yang over excited. Maklumlah, dah lama tak turun padang beramai-ramai macam ni. Anak-anak ada pelbagai peringkat usia, dari dua puluhan hinggalah yang termuda baby Ammar dua bulan.


Selepas itu, golongan dewasa turut turun padang mengambil giliran sementara anak-anak kecil bermain pasir. Mujur ada anak-anak ibu Shida - Alia, Ina dan Erin - yang dah besar-besar untuk handle game. Ada permainan passing getah dengan straw, cutting A4 papper, lari kepit bola celah kangkang, masuk benang dalam jarum dan lambung telur. Panas matahari yang mula menyengat seakan tak terasa dek hiruk-pikuk masing-masing sibuk bersama anggota kumpulan. Ada tiga kumpulan dengan jersi merah, pink dan oren. 


Habis sesi sukaneka kami semua menuju ke kolam renang, kecik besar tua dan muda berkumpul bersama. Yang tidak terjun ke kolam duduk di tepian sambil makan makanan ringan. Untuk makan tengahari kata putus dibuat, makan sata kedai Che Wan. Anak-anak sudah mula mesra dan mula berkawan sesama mereka.        

Malam kedua lebih santai. Chef Raf masuk dapur masak sardin, ikan masin dan telur dadar. Ezmir pula datang dengan seperiuk gulai ikan kembong yang dibelinya dari pengkalan nelayan tengahari tadi. Anak-anak sudah ada group masing-masing. Ameer join anak Filza - Adib dan Anas - dan anak Chot - Mika. Amira dengan Baby dan Tasya, Afrina dengan anak-anak dara Ummi Lin sementara baby Ammar pula tidak banyak ragam - jadi favorite Aisy yang sentiasa mahu bersama baby

Hari terakhir dihabiskan sepagian di kolam renang. Anak-anak sangat gembira kerana selain dapat bercuti mereka dapat berkawan juga. Sememangnya nilai persahabatan yang akrab amat penting dengan melibatkan sepenuh keluarga untuk saling mengenali dan mehami kerja ibu bapa mereka. Sampai jumpa lagi untuk percutian geng yang akan datang... kemana kita?




 





 


 









No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers