Friday 5 February 2016

Untuk Amira & Rheumaticnya

Suntikan susulan Amira untuk rheumatic masih berterusan, entah untuk kali yang keberapa puluh sudah aku tak kira, namun sudah memasuki tahun kedua.

Amira tabah, dia kuat walaupun diawal sakitnya dia terlalu takut pada ubatan dan suntikan. Memang masih ada lagi airmata menitis tiap kali dicucuk namun kerenahnya tidak sebagaimana di awal suntikan dibuat. 

Untuk suntikan kali ini, dia hanya bertemankan abah lantaran aku yang masih berpantang. Kali ketiga tanpa berteman aku sebagaimana bulan lalu yang tidak disertai kerana tugasan yang amat penting. Amira memahami walaupun pada April lalu aku perlu juga balik sekejap walaupun berada di Rompin lantaran permintaan Amira yang mahu aku ada bersama.

Amira semakin matang. Bicaranya sudah melangkau pelbagai perkara. Santunnya semakin bertambah, rasa malu semakin tebal malah auratnya juga semakin terjaga sebagaimana batas agama yang difahaminya. Alhamdulillah. 

Semoga Amira terus tabah berdepan dengan dugaan sebagaimana melalui suntikan yang menyakitkan saban bulan. Pentingnya suntikan ini untuk kesihatannya di masa hadapan, sehingga usianya 21 tahun kelak maka bebaslah dari segala virus yang boleh menyebabkan keradangannya. 

Eloknya suntikan tersebut diambil maka terhindar Amira dari sebarang sakit yang lain. Selepas sakit dua tahun lalu hingga kini, Amira tidak ada demam, selsema atau bengkak tonsilnya berulang. Syukur Ya Allah... tentunya dalam setiap kesakitan yang datang pasti ada hikmah di sebaliknya. Mama sayang kakak....

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers