Thursday 7 January 2016

Amira Sudah 11 Tahun

Hari ulang tahun kelahiran Amira Farhana ke-11 tahun. Kali ini tanpa apa-apa persediaan atau hidangan kek sebagaimana biasa lantaran keadaan aku yang baru sahaja bersalin. Apatah lagi kesibukan dengan sesi persekolahan yang baharu bermula dan kesemuanya terpaksa dilakukan oleh Mr Hubby.

Amira memahami, tidak ada tuntutan apa-apa darinya. Juga akur dengan keadaan keluarga sekarang ini yang sememangnya agak kalut dengan kehadiran orang baru dan hal-hal awal tahun. Amira semakin matang berdepan urusan harian.

Namun begitu, Mr Hubby masih sempat menyediakan sejambak bunga dengan teddy bear berserta sekeping kad ucapan. Kejutan untuknya sepulangnya dari sekolah dia menerimanya dengan wajah ceria.

Memang ada permintaan Amira untuk ulang tahun kelahirannya namun ia terpaksa ditangguh sehinggalah keadaan kesihatan aku kembali pulih nanti.

Pada Amira, semoga sentiasa ceria dan berada dalam rahmat-Nya dengan semua impian untuk berjaya di dunia dan akhirat akan tercapai, tabahlah berdepan apa-apa jua dugaan Allah SWT.

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers