Thursday 28 January 2016

Ammar Farish Genap Sebulan

Hari ini genap usia Ammar sebulan. Badannya makin berisi, tubuhnya makin tegap sementara kesihatan aku pula semakin beransur pulih.

Berat badan Ammar juga dah bertambah menjadi 4.67 kg berbanding ketika kelahirannya hanya 2.95 kg sahaja. Hari ini juga Ammar mengambil suntikan susulan sebagaimana sebulan usianya.

Alhamdulillah sepanjang sebulan ini Ammar mudah dijaga, tidak banyak kerenahnya dan ragamnya juga mudah difahami. Menangis apabila lapar, diberi susu diamlah dia. Tukar pampers dan puas menyusu tidur semula. Ammar juga amat serasi dengan suasana, tidak kisah bunyi bising sekeliling malah mudah pula tersenyum yang tentunya menenangkan diri.

Thursday 21 January 2016

Majlis Cukur Jambul & Kesyukuran

Majlis cukur jambul dan kesyukuran Ammar Farish diadakan genap usianya 26 hari. Secara taknikalnya ini bukan majlis kami kerana abang Kamal yang menjadi tuan rumah dan berkenduri sementara kami dipelawa dengan sesungguh hati.

Abang Kamal adakan majlis bersama kumpulan tarekatnya di rumahnya, kakak Yeye yang masak dan aku telah dipelawa untuk mengadakan majlis cukur jambul Ammar dalam kemeriahan kenduri ini. Kebetulannya semua adik-beradik berkumpul bersama di kala ini.

Thursday 7 January 2016

Amira Sudah 11 Tahun

Hari ulang tahun kelahiran Amira Farhana ke-11 tahun. Kali ini tanpa apa-apa persediaan atau hidangan kek sebagaimana biasa lantaran keadaan aku yang baru sahaja bersalin. Apatah lagi kesibukan dengan sesi persekolahan yang baharu bermula dan kesemuanya terpaksa dilakukan oleh Mr Hubby.

Friday 1 January 2016

Tahun Baru 2016

Selamat menyambut kedatangan tahun baru 2016. Tentunya sepanjang tahun 2015 menjadi penilaian bagi berdepan dengan tahun baru. Bukan nilai usia yang jadi perhitungan namun pencapaian dan keputusan atas apa yang telah dilalui selama ini jadi pertimbangan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers