Saturday 12 December 2015

Ulang Tahun Perkahwinan ke-13

Sungguh, kesibukan berdepan dengan tugasan di pejabat merencatkan ingatan pada tarikh 12 Disember, apatah lagi dalam keadaan diri sarat berbadan dua. Namun Mr. Hubby tak lupa... begitu juga anak-anak yang semakin membesar.

Amira terutamanya, sentiasa ingat tarikh-tarikh penting dalam kehidupan kami sekeluarga. Adik-adiknya teruja sama.

Lebih menarik, kali ini Mr Hubby sertakan sejambak bunga di sisi sebuah kotak hadiah dan sekeping kad ucapan. Tersentuh hati menerima ingatan tersebut dalam keadaan diri yang diselubungi lelah seharian bekerja.

Anak-anak pula lebih kreatif... ada ucapan yang sangat mendamaikan... alhamdulillah.

Syukur pada-Mu Ilahi, ikatan perkahwinan yang terjalin telah 13 tahun dan semoga kebahagiaan yang dilimpahkan kepada kami sekeluarga kekal hingga ke akhir hayat...

Terima kasih Mr Hubby atas ingatan walaupun ruang masa yang ada sentiasa terbatas. Juga buat anak-anakku, Amira, Ameer dan Afrina... kalianlah penguat semangat untuk setiap helaan nafas yang ada.... Alhamdulillah




No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers