Tuesday, 22 September 2015

Bapak Sakit...


Memang kesihatannya merosot. Sakit perut bapak berulang lagi. Perut bapak sudah terlalu sensitif. Tak boleh terima makanan yang banyak, tak boleh pula kurang makan, lambat makan jangan tapi banyak kali makan pun tak boleh. Apa yang dimakan juga perlu dipilih dalam keadaan selera tua yang terbatas.

Air pula bapak perlu banyak minum air putih, dalam usia lanjut manakan mampu menghabiskan berliter-liter air sehari. Air manis perlu minima dan kalau boleh tak perlu langsung. Ini belum lagi dengan goutnya yang langsung tak boleh salah.

Akhirnya bapak menghuni hospital Selayang selama empat hari. Mujur bapak dapat keluar wad sehari sebelum Aidiladha. Semoga kesihatan bapak kembali seperti sediakala.


No comments: