Monday 31 August 2015

Hari Kebangsaan 58 Tahun, 2015 Di Dataran Merdeka

Tahun ini anak-anak amat teruja untuk kembali ke Dataran Merdeka dan meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-58 tahun. Mereka meminta abah pergi bersama memandangkan tahun lalu Mr Hubby pulang ke kampung dan aku hanya meraikan bersama-sama anak-anak. Seawal pukul 6.00 pagi Amira, Ameer dan Afrina telah bersedia malah amat mudah mengejutkan mereka. Keterujaan mereka amat ketara dengan keriangan yang nyata dan kemesraan bersama.


Jika tahun lalu kami menaiki LRT, tahun ini Mr Hubby memandu sehingga ke Tang Lin dan kami berjalan kaki menuju ke Dataran Merdeka. Sebelum jam 7.00 pagi kami sudah berada di persekitaran Dataran dan mencari lokasi sesuai untuk kami menyaksikan perbarisan. Rasa bertuah kali ini kerana dapat duduk di ruangan VIP yang kebetulan dibuka bagi memenuhkan ruang kosong di barisan belakang. Tak semua orang yang dapat peluang ini malah Amira dan Mr Hubby tertinggal di belakang yang menyebabkan mereka menyaksikan dari tepi jalan sahaja, namun masih memuaskan hati.








No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers