Tuesday 7 July 2015

Pak Dah Pergi Mengadap Ilahi...

Genap 20 Ramadan, pagi yang suram sesampainya di pejabat aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Mr Hubby. Katanya, jom balik kampung, pak dah tak ada. Tanpa berlengah aku memandu pulang dan Mr Hubby sendiri menjemput anak-anak yang bersekolah. Tidak banyak bicara antara kami. Mr Hubby kelihatan tenang. Aku tahu sejak kebelakangan ini dia memang sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan keuzuran pak semakin menyusut sejak sakit April lalu.


Mr Hubby memandu sepanjang perjalanan pulang ke Kedah. Walaupun dia telah berpesan pada adik-beradik di sana agar menyegerakan urusan pak tanpa menunggu kami yang jauh, namun aku tahu di sudut hatinya masih tetap mahu menatap wajah pak buat kali terakhir. Itu jugalah yang dalam hatiku.

Syukur, perjalanan lancar, cuaca redup dan tumpuan Mr Hubby sepenuhnya pada pemanduan. Sebak di dada aku tahankan, airmata yang bertakung segera aku seka melihatkan kelibat Mr Hubby yang tanpa setitik airmata meneruskan pemanduan.

Jenazah pak bakal disemadikan selepas solat Zuhor, sedangkan perjalanan antara KL-Alor Setar paling kurang pun dalam enam jam. Mujur, kereta tak banyak dan semuanya lancar lantas selepas meredah perjalanan yang hanya memakan masa empat jam maka kami sempat menatap wajah terakhir pak sebelum masuk ke liang lahad. Dapatlah kami mengucup wajah kaku pak dan memeluk tubuhnya buat kali terakhir.

Semoga Allah SWT kurniakan tempat tembaik untik arwah pak, Ibrahim Ahmad.


 




No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers