Saturday 25 July 2015

Cerita Aidilfitri 2015/1436

Aidilfitri 2015 berbeza dengan tahun-tahun yang lalu. Kali ini aku dan Mr Hubby tidak buat banyak persediaan malah antara kami tiada baju Melayu atau baju kurung baru. Aku memahami apa yang Mr Hubby rasa apatah lagi kehilangan ayahanda tersayang dalam bulan Ramadan lalu. Bagi anak-anak juga, persediaan dilakukan pada saat-saat akhir. Semuanya beli pakaian siap di kedai. Mujurlah ada walaupun anak-anak sedikit cerewet. Perancangan untuk berhari raya juga seperti biasa tahun-tahun yang lalu iaitu di Gombak dan kemudiannya pulang ke Kedah.

Tuesday 7 July 2015

Pak Dah Pergi Mengadap Ilahi...

Genap 20 Ramadan, pagi yang suram sesampainya di pejabat aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Mr Hubby. Katanya, jom balik kampung, pak dah tak ada. Tanpa berlengah aku memandu pulang dan Mr Hubby sendiri menjemput anak-anak yang bersekolah. Tidak banyak bicara antara kami. Mr Hubby kelihatan tenang. Aku tahu sejak kebelakangan ini dia memang sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan keuzuran pak semakin menyusut sejak sakit April lalu.

Thursday 2 July 2015

Usia 38 Tahun!

Syukur padamu Ilahi atas pelbagai kurnia yang dilimpahkan kepada diriku dan keluarga. Sungguh, biarpun kami tidak mewah namun kami tidak pernah kelaparan, biarpun kami sesekali diselibungi rasa gundah namun tidaklah sampai melarat malah aku dan keluarga masih dapat tertawa dan senyum bahagia. Dalam aku meniti usia lewat tiga puluhan masih ada banyak lagi rahmat-Nya kepadaku, mengurniakan pelbagai impian yang selama ini hanya dalam angannanku.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers