Wednesday 29 April 2015

Berkampung Di Rompin

Tuntutan tugas membawa aku kembara ke Rompin untuk melaksanakan tanggungjawab selama dua minggu di sini. Tiada banyak persoalan lantaran telah memahami apa yang tergalas. Apabila berada jauh dari keluarga tentunya yang utama adalah rakan-rakan di sekeliling untuk saling mengimbangi dan saling melengkapi agar kerja-kerja yang ada dapat dilunaskan dengan sempurna. 

Aku tidak banyak bertugas di luar selain aturan gerak kerja yang perlu sentiasa ada. Sesekali tandus juga idea namun kebersamaan dalam satu kumpulan memudahkan tugasan yang ada. Saban hari tentunya kami hanya menghitung waktu, memikirkan soal keluarga yang ditinggal tapi apa-apa pun kerja tetap juga langsai. 

Sunday 19 April 2015

Bersyukurlah, Asam Garam Rumah Tangga...

Sejak seminggu ini aku dikelilingi pelbagai kisah rencam rumahtangga dari beberapa insan yang akrab denganku. Bagaimana harus digambarkan apabila kasih yang dijalin dengan cinta akhirnya menjadi hambar. Lebih parah lagi sekiranya hanya sebelah pihak yang beria mahukan penyelesaian sedangkan pihak satu lagi berlepas tangan.

Saturday 18 April 2015

Ameer dan Akademi Bola Sepak

 Ameer nak bermain bola sepak... dia meminta dan aku memenuhinya. Mr Hubby tak kisah. Sudahnya Ameer berdaftar dengan Akademi Bola Sepak Tunas Lagenda. Kelab tersebut adalah kepunyaan bekas pemain kebangsaan tahun 70-an dan juga bekas jurulatih kebangsaan 90-an iaitu Bakri Ibni. Ada banyak pusat latihannya di seluruh Lembah Kelang termasuklah dua di Pahang. Kebetulan SK Seksyen 1 Bandar Kinrara menjadi pusat latihannya bagi kawasan Puchong maka di situlah tempat Ameer bersama mereka.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers