Sunday 1 March 2015

Perlawanan Bola Jaring BKIP


Perlawanan persahabatan bola jaring, bola sepak dan pingpong antara BKIP dan UMNO Masjid Tanah telah diadakan pada 28 Feb 2015 (Sabtu) di Kompleks Japerun DUN Tanjung Bidara, Masjid Tanah Melaka. Aku menyertainya bersama rakan-rakan yang lain dengan tempoh latihan yang amat singkat. Sudahlah lama tak turun padang, berlatih pun tanpa jurulatih, kelengkapan yang tidak mencukupi malah padang pun tidak ada, sudahnya berlarian di tapak letak kereta... kalau hujan main pula di tempat letak kereta dalam bangunan tapi kerana semangat kesukanan yang tinggi maka semuanya diketepikan...cewahhh!.

Kalah menang adat pertandingan dan yang penting semangat kena kental. Apa pun kekalahan sudah kami jangkakan memandangkan semua pemain bukan pro, stamina pun boleh kira out maka bermainlah kami dengan gembira. Yang penting gaya kena ada!

Dalam panas petang yang menyengat tentunya suasana makin hangat. Seawal pukul 4.00 petang sudah berada di gelanggang yang kontang. Aduhaiii... sedangkan berlatih pun kami mahu berteduh maka jadinya berlawan terasa canggung. Tak kisahlah kerana yang penting lawan!
























No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers