Saturday 21 March 2015

Cuti Sekolah Ke Port Dickson


Cuti persekolhan hanya seminggu. Pada mulanya aku dan Mr Hubby tidak ada perancangan untuk bercuti kemana-mana. Bagi aku cukuplah sekadar bawa anak-anak keluar berjalan, namun semuanya bertukar. Mr Hubby menggantikan pakej percutian yang tidak dapat dilaksanakan rakannya. Sudahnya, kami ke Glory Beach Resort Port Dickson selama tiga hari dua malam.


Sebagaimana biasa percutian disertai abang Hakim dan abang Bullah, juga bapak namun kali ini tidak ada lagi anak-anak bujang iaitu Didi, Syafik dan Radzi. Masing-masing dah ada haluan sendiri selepas SPM lalu.

Kami duduk di apartmen tiga bilik dengan pemandangan lepas bebas mengadap laut. Suasananya amat berbeza dengan Glory Beach Resort yang aku kunjungi bertahun-tahun dulu. Memang aku pernah sampai ke sini, bersama rakan-rakan SKLJ ketika aku di alam anak dara dan kemudiannya bersama arwah mak dan keluarga, juga ketika aku belum berkahwin.

Anak-anak tentulah ceria. Dapat bermain pepasir halus di tepian pantai, bermain ombak kecil yang mesra menyapa, hangatnya air laut dan apabila lelah terus berendam ke kolam mandi yang luas. Ada pula pusat penternakan penyu dengan beberapa ekor penyu menjadi tatapan mata.

Memang... tak perlulah nak berjalan jauh-jauh untuk bercuti. Bagi anak-anak, cukuplah jika dapat bermain di pantai, mandi laut dan masuk ke kolam renang.

 











 



No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers