Sunday 22 February 2015

Berlayang-layang di Kampung

Cuti Tahun Baru Cina dihabiskan dengan pulang ke Kampung Mempelam, tempat tanah tumpahnya Mr Hubby. Sambil menziarah Pak yang semakin uzur kami meluangkan masa melayan keletak anak-anak yang sememangnya amat suka suasana desa. Bebas, terbuka dan masa diisi dengan perkara-perkara yang sememangnya tidak dapat dilakukan di KL.


Perkara utama ialah menzahirkan jani pada anak-anak untuk bermain layang-layang. Biarpun niat Mr Hubby untuk membuat layang-layang sendiri tidak tercapai namun dapat juga menikmatinya menerbangkan layang-layang di Taman Jubli Emas. Cuaca yang kering berangin sememangnya amat sesuai untuk pemain wau menerbangkan permainan tradisi ini. Anak-anak juga amat seronok. Ditambah pula dengan Adib, Anisah dan Amna yang menjadi rakan sepermainan mereka.

Keesokannya anak-anak bermain pula di bendang kering di depan rumah. Satu pengalaman baharu kepada mereka. Terik matahari membahang seakan tidak terasa. Mereka tak endahkan panas dan debu. Menerbangkan layang-layang ditengah bendang, naik tinggi kemudian layang-layang putus tali, berkejar mengikut arah layang-layang, kaki termasuk dalam lopak bendang yang masih basah, habis kaki berselut lumpur. Penat berlarian. Permainan terbantut, ada penternak melepaskan lembu meragut rumput di bendang, anak-anak Kota tidak berani mendekat lagi. Beli aiskrim Malaysia, berbasikal ke sana ke mari, dari hujung lorong ke hujung lorong, kemudian kait buah kelapa di laman rumah. Tak cukup dengan itu, bermotor pula. Habis motor Mak Tam dikerjakan. Lebih dari itu, Puteri dan Amira sudah berani menungang motor sendiri. Aku pula yang kecut perut, mujur Mr Hubby melarang tindakan mereka.  

Ameer pula, minta hantar ke rumah Mak Teh. Ada janji yang ingin dibuatnya iaitu mengail ikan bersama Farhan di telaga belakang rumah. Dapatlah empat ekor ikan yang membuatnya sangat seronok. Berbasikal ke kedai melalui lorong dengan jalanannya ada bendang di kiri kanan. Tentunya satu kelainan dalam kehidupannya di Kota. Dia gembira.











2 comments:

truongmuunghenhan said...

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

Giaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.

airikamalek said...

Thank you for ur respond...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers