Monday 22 December 2014

Amira dan Konsert Piano

Amira sudah tiga tahun bermain piano, belajar dalam mengisi waktu terluangnya sebagaimana kemahuannya. Kali ini sebagai konsert tahunan, Ars Nova Music mengadakannya di luar tempat pembelajarannya iaitu di Recital Hall, Graceful Piano, PJ. Sehari sebelumnya ada raptai dibuat bagi memastikan konsert yang diatur berjalan lancar.

Amira teruja untuk melakukan persembahan yang akan berlangsung secara duet dengan rakannya. Dia menggayakan busana pernikahan aku sebelas tahun yang lalu. Betapa Amira yang berusia 9 tahun, bakal menginjak 10 tahun dalam tiga minggu lagi sudah dapat mengenakan pakaian aku yang ditempah ketika usia aku 26 tahun tanpa sebarang ubah suai. Tubuhnya tinggi lampai sudah menandingi orang dewasa malah ketinggiannya hanya kurang 3 inci sahaja dari aku.

Aku bersama Mr Hubby mengiringi Amira untuk ke konsertnya sambil disertai oleh anak-anak abang Hakim dan anak-anak abang Bullah yang ada di rumah. Kiranya Amira membawa bersama para penyokong dalam konsertnya. Tidak semua pelajar yang terlibat sebaliknya hanya sebahagian sahaja iaitu yang benar-benar telah mantap dan dapat menghayati not lagu berdasarkan alat muzik yang ada. Ameer tidak terlibat kerana dia masih gagal menguasai apa yang dipelajarinya.

Amira memainkan melodi lagu Happiness Runs susunan oleh Nancy Faber. Dalam masa yang sama aku dapat melihat perkembangan Ars Nova Music dengan pengetuanya Ms Ow sangat dedikasi mendidik anak-anak muridnya. Selain piano, ada pelajar yang mempersembahkan petikan gitar, ukulele, keyboard dan juga gesekan biola berdasarkan kepada kemahiran gred yang mereka miliki. Sebelum itu, pemberian sijil diberikan kepada mana-mana pelajar yang lulus dalam peperiksaan ABRSM termasuklah Amira sekali.

Sememangnya berpiano dan belajar muzik adalah kemahiran tambahan untuk Amira selain pembelajaran wajib yang mesti dia ikuti iaitu bersekolah dan mengaji. Selain mengisi waktu santai maka dapat juga dia mempelajari ilmu lain di luar daripada lingkungan pengetahuan kami dalam satu keluarga besar.



No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers