Monday 24 November 2014

'Throwback 2014' Bersama Geng 69

Terlalu istimewa satu-satu hubungan yang berlangsung atas rasa tulus ikhlas, tiada melihat perbezaan dan kekurangan sebagai satu sandaran untuk jalinan akrab, enggan menilai sesama insan baik atau buruk, hodoh atau jelita semuanya diketepikan kerana yang ada adalah keceriaan dan perkongsian apa-apa sahaja. Ya, nilai apa-apa sahaja terlalu mendalam namun bukan dibuat-buat sebaliknya berlaku tanpa sedar yang mengiringi perhubungan berlangsung lancar dari sehari ke sehari, minggu berlalu, bulan menjelma dan kemudian tahun berganti tahun.
Setiap antara yang ada mempunyai imej dan perwatakan berbeza, ada kerenah masing-masing, ada kepakaran dalam nilainya tersendiri yang kemudiannya kami bergabung mewujudkan perkongsian lebih indah. Barangkali aku terlalu berlebih dalam menulis namun semuanya hadir tanpa sedar dan antara kami amat menghargai setiap yang kami pernah lalui bersama suatu ketika yang lalu, dan kami mahukan setiap momen itu tetap terpahat indah lantas kami jadikan kenangan lalu sebagai sandaran pada kehidupan kini untuk saling memperkuat dan memperbaiki diri demi masa hadapan.

Suatu waktu lalu, ketika aku memulakan kerjaya di tengah-tengah Ibu Kota ini, aku ibarat tidak punya sesiapa. Tiada tempat untuk mengadu, tiada siapa untuk bertanya malah tiada rakan untuk ketawa bersama. Kemudian, mereka menghulur tali persahabatan yang sedikit demi sedikit berlangsung semakin erat sehinggakan apabila tiada terasa rindu, apabila hilang di mata terus dicari, gagal mendengar suara pastinya resah, maka jawabnya itulah persahabatan yang amat aku hargai.

Suatu ketika kami ditempatkan bersama dalam satu kelompok yang memerlukan usaha bersama untuk menjayakan apa-apa sahaja, maka tentunya kami amat bahagia melaksanakan tugas walau ada kalanya amat payah dan mencabar minda. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing... tiada pernah antara kami saling menuding jari menyalahkan sesiapa sebaliknya saling membantu sekalipun itu hanya tugas kecil salah seorang antara kami. Tidak kisah.

Kemudian, atas kelangsungan tugas kami berpisah arah, cara berbeza namun tujuan tetap sama. Kami redha, pasrah dengan aturan yang diterima dan tugasan tetap juga kami mahu lakukan yang terbaik. Kami percaya, barang yang baik jika dicampak kemana sahaja akan memberi impak positif ibarat campak ke laut menjadi pulau, baling ke darat menjadi gunung, saling memberi sokongan, sentiasa ada untuk menjadi pendengar, menilai keluh kesah dan gundah gulana lantas bertukar menjadi bahan tawa yang ceria. Ternyata hidup bertukar menjadi indah... Tiada iri hati, rasa rendah diri atau berkecil hati sesama sendiri sebaliknya setiap yang ada dalam fikiran akan diluah sebagai sokongan dengan sifat negatif cepat diusir agar tidak membarah.

Biar tidak setiap hari bersama, namun kami sentiasa ada. Walau bukan selalu bersua muka, namun cerita tidak pernah sepi. Saling memberi peransang dan sentiasa bersangka baik antara satu sama lain.

Lantas, dalam kesibukan, kami mengatur untuk pertemuan bersama. Ternyata bukan mudah. Bayangkan dalam kesemua antara kami, setiap seorang ada tugas yang berbeza-beza, semuanya sangat sibuk dan menuntut kosentrasi dalam tugas. Namun kami percaya, hendak seribu daya maka diusahakan juga dengan satu pertemuan yang singkat untuk mengabadikan foto 'throwback' bersama. Manis terasa, indah suasana, mesra menjelma dan semoga semua ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Saya sayang awak semua ketat-ketat...  






pra-throwback...








Dulu-dulu...








No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers