Sunday 9 November 2014

Amer & Afrina: Graduation & Concert 2014

 
 Seharian melayan kerenah Ameer dan Afrina yang menjayakan konsert graduasi Smart Reader Kids Taman Puncak Jalil. Konsert berlangsung di Cyberjaya dengan Ameer dan Afrina amat teruja sejak dua minggu lalu apatah lagi kerap latihan dibuat di sekolahnya yang kemudian menjadi bahan ceritanya apabila pulang ke rumah. Tema kali ini 'my hero' maka tentunya hero bagi anak-anak adalah ibubapa mereka. Ameer tahun terakhir di Smart Reader selepas berada di sini sejak usianya empat tahun, maka sewajarnya dia mendapat graduasi... lebih menarik apabila dia turut menerima tempat ketiga untuk Anugerah Pelajar Cemerlang. Senyum lebar Ameer menerimanya.

Afrina pula, dia seakan pasrah dengan suasana sekeliling... melakukan tarian dan lakonan bersahaja tanpa segaris pun senyum di wajahnya biarpun ada diantara rakannya begitu lincah. Dia melihat kami yang menontonnya seakan tanpa perasaan juga walaupun kami sudah memberikannya senyuman malah melambai tangan padanya tapi semua tanpa balasan. Namun begitu, kiranya sikap Afrina lebih positif berbanding Amira yang seusianya dahulu kerana Amira sangat pasif dan enggan melakukan apa-apa.

Ameer pula sangat 'sporting'... berlarian dan menari bersama rakan-rakannya sebagaimana keletahnya yang memang mudah mesra. Dia menjadi anggota bomba, dia berlakon menjadi pelajar, dia menari dan berjalan dengan yakin di pentas menerima anugerah. Semuanya dibuat selamba sahaja. Sememangnya keletah tiga orang anak ini amat berbeza antara satu sama lain, namun untuk anak kedua dan ketiga tidaklah sesukar Amira yang menjadi perintis laluan kepada adik-adiknya. Semoga kelak kalian menjadi insan berjaya yang tidak lupa asal usul mama dan abahnya.





















No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers