Saturday 11 October 2014

Teater Lagenda Tan Sri P.Ramlee

Tan Sri P. Ramlee, nama besar yang tiada tolok bandingnya. Dari kecil hingga kini aku tiada pernah pernah jemu menontong filem-filemnya terutamanya ketiza zaman kegemilangannya dengan trio Bujang Lapok. Pementasan teater lagenda P. Ramlee kali ini masuk dalam jadual aku, ditambah lagi dengan permintaan Angah yang baru pulang dari Manchester. Dia ingin menikmati teater di negara sendiri setelah berkelana selama setahun di London dan memahami budaya negara maju yang lebih mengutamakan pementasan langsung berbanding tanyangan filem di pawagam. 

Mr. Hubby juga amat meminati P.Ramlee malah suatu ketika lalu, semua cd lakonan P. Ramlee ada dalam simpanan sebelum kemudiannya musnah hasil keaktifan Ameer. Keinginan menikmati teater tersebut semakin membuak lantaran baru sahaja mengikuti lakonan hebat Nabila Huda dalam biopic Saloma. Sungguh berkesan lakonannya dalam menghidupkan watak Saloma, dan kemudian bergandingan dengan P.Ramlee yang berjaya melakar namanya sebagai pelakon filem dalam Seniman Bujang Lapok. 

Teater Muzikal P.Ramlee pernah dipentaskan sebelum ini, beberapa tahun yang lalu, namun ketika itu aku tidak berkesempatan menontonnya. Pementasan selama 10 hari 'sold out' dengan tiket-tiket untuk semua harga habis dijual malah penerbit telah menahbah satu malam lagi pada 13 Okt. 

Kali ini P.Ramlee kembali lagi sebagaimana pengkisahan hidup seniman ulung negara yang bermula di negeri kelahirannya, Pulau Pinang apabila menjuarai Bintang Utara. Teater ini terbitan dari Enfiniti Vision Sdn Bhd iaitu milik pelakon terkenal Tiara Jacquelina yang turut berlakon memegang watak sebagai Norizan. Tiara memang pandai berlakon, menari dan bernyanyi malah dia amat menyerlah membawa watak yang menyokong P.Ramlee sehinggakan akhirnya terpaksa alah pada populariti suaminya sendiri. 

Watak P. Ramlee dilakonkan oleh Tony Eusof selain penglibatan Nadia Aqilah sebagai Saloma, menyerlahkan suara merdunya menyanyikan lagu-lagu biduanita terbabit. Ada juga Lisa Surihani sebagi Junaidah yang tampil dalam sisi berlainan, dia menari dan bernyanyi dengan telatah riang dan manja. Kemudian ada juga Aznil Haji Nawawi yang menjadi bapa Junaidah. 

Jika disorot, pengkisahan teater ini banyak yang duka namun hasil garapan Adlin Aman Ramli sebagai pengarah, persembahannya diselitkan dengan banyak momen jenaka yang menjadikan penonton tidak kering gusi.    







No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers