Tuesday 13 May 2014

Hari Ibu 2014

Sambutan Hari Ibu... tidak pernah aku lakukan sepanjang hayat arwah mak malah ianya amat asing dalam budaya kehidupan kami saban tahun. Namun zaman dah berubah dan anak-anak generasi kini amat teruja untuk menjayakan sambutan hari ibu. Setiap minggu kedua dalam bulan Mei maka sambutan tersebut diangkat sebagai hari ibu peringkat antarabangsa yang turut diraikan oleh anak-anak di Malaysia. Memang hari-hari adalah ibu bersama-sama namun apa salahnya menetapkan satu detik keistimewaan untuk seorang ibu kan.... Selagi sambutan itu tidak bertentangan dengan hukum syarak dan tidak berbentuk pemujaan maka tentunya ia tidak menjadi satu kesalahan, apatah lagi seorang ibu itu sewajarnya diraikan.

Untuk anak-anakku, ada sesuatu yang istimewa dari mereka. Awal-awal lagi Amira telah menyediakan bunga mawar, satu untuk dia dan satu untuk afrina dengan satu lagi bintang untuk Ameer yang disediakan sebagai hadiah bagi sambutan Hari Ibu. Namun memandangkan Ameer yang tidak boleh menyimpan rahsia makanya Amira terpaksa memberikan lebih awal kepada aku dengan diikuti oleh Ameer dan Afrina. Teruja juga aku menerimanya. Bila aku tanyakan pada Amira mana dia dapat wang untuk membelinya, katanya itu adalah wang perbelanjaannya di sekolah, satu pengorbanan darinya untuk membeli hadiah tersebut. Alhamdulillah... terasa hati amat tersentuh.

Terima kasih anak-anakku, semoga kelak kalian akan kekal sepakat dalam jalinan sedarah adik-beradik yang tentunya akan menjadi kekuatan dan tempat bergantung kepada mama dan abah. Tiada impian lain bagi seorang ibu selain mengimpikan kejayaan kepada anak-anaknya dan bagi aku, terserahlah kepada mereka untuk menetapkan cita-cita masa hadapan kerana sekarang kami lakarkan laluan untuk tuntutan ilmu dan iman untuk diamalkan kelak. Semuga laluan hidup Amira, Ameer dan Afrina sentiasa dalam petunjuk-Nya.

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers