Friday 11 April 2014

Mr Hubby 38 Tahun...

Tarikh 11 April hari kelahiran Mr Hubby. Sejak mengenalinya, tarikh tersebut menjadi ingatan dan menjadi lebih penting dari tarikh lahir sendiri. Sepanjang usia perkenalan kami, seingat aku hanya sekali aku tidak dapat meraikannya bersama-sama. Itu pun sebab bapak masuk wad dan aku berada di hospital menemani bapak, iaitu tahun 2002, namun kata-kata ucapan tidak dilupakan.

Kali pertama kami meraikannya ialah pada tahun 2001. Ketika itu kami sudah semakin akrab, namun masih dalam keadaan 'malu-malu' untuk bergelar pasangan kekasih. Tiada kata-kata yang memperkukuh ikatan kami namun antara aku dan Mr Hubby saling mengerti. Setiap hari pasti ada panggilan telefon dibuat. Masa terluang akan dihabiskan bersama dan setiap apa-apa sahaja dilakukan pasti akan dikongsi sebagai bahan cerita.

11 April 2001 itu, kami makan malam bersama, menikmati ayam KFC... DAN 11 April 2014, dimeriahkan dengan keletah anak-anak yang lebih teruja berbanding aku dan Mr Hubby sendiri. Alhamdulillah... dalam kehidupan yang sederhana kami dapat menikmati kesejahteraan. Biar tidak mewah tapi kami senang, biar tidak miskin tapi kami sempurna...alhamdulillah.

Pada Mr Hubby, semoga terus dikurniakan kesejahteraan dan sentiasa dalam rahmat-Nya. Impian kami, semoga Mr Hubby dapat terus menjadi imam kepada kami dalam berdepan apa-apa sahaja cabaran, menjadi pemandu untuk diriku dan anak-anak menuju ke syurga kelak.

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers