Tuesday 25 March 2014

Bapak...

Pagi ini, sebelum ke pejabat aku singgah mengunjungi bapak. Dua minggu aku terpaksa bertugas tanpa cuti maka aku tidak berkesempatan menemui bapak. Mujur Mr Hubby yang sangat 'sporting' meneruskan rutin mingguan bersama anak-anak menemui bapak. Tinggal berasingan bukan alasan untuk tidak menemui bapak. Sesampainya di rumah, seperti biasa aku akan mencari bapak di biliknya dan....
Bapak sedang mengaji duduk di hujung kepala katil tempat arwah emak selalu mengaji suatu ketika dulu. Di situlah emak duduk menghabiskan bacaan al-Quran saban hari. Adakalanya pagi atau petang atau selepas solat fardu. Dan aku pula... diusia remaja ku gemar berbaring di sisi mak yang sedang mengalunkan bacaan dengan perlahan. Kedut wajahnya aku tatap dan pernah juga tertidur di sisinya. Bapak mengaji menggunakan quran arwah mak dulu... dan hati aku di pagut rindu pada arwah mak....

Sememangnya, semakin bertambah usia maka nilai pada penghargaan semakin tinggi. Sesungguhnya kesihatan bapak menjadi keutamaan dan sikap abang Hakim yang mendahulukan bapak amat aku sanjung.

Pada-Mu Ilahi, mohon kurniakanlah kesihatan dan kesejahteraan dengan ketakwaan yang semakin bertambah kepada bapak dan untukku, ada banyak yang masih belum selesai makanya aku tidak mahu tertinggal setiap saat bersama bapak lantas setiap kesempatan aku ingin luangkan bersamanya....

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers