Sunday 16 February 2014

Afrina Empat Tahun


Tarikh 16 Februari adalah hari kelahiran Nur Afrina Farisha. Dia lebih bersemangat untuk menyambutnya dengan meminta untuk memotong kek dan menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi. Sebagaimana kebiasaan, sambutan dibuat dengan Achik kerana tarikh kelahiran hanya berselang sehari sahaja. Genap Afrina empat tahun dengan keletahnya yang amat menceriakan. Karektornya berbeza dengan Amira dan Ameer. Dia tidak suka melawak, sebaliknya dia lebih tegas dan serius. Tidak suka dipersenda dan dipermainkan dengan mempunyai pendirian kukuh. Kalau A katanya, maka dia tidak akan berganjak kepada B. Jika itu yang dia mahukan maka itulah yang perlu diberi kepadanya. Namun dia gemar membantu, mudah dibawa berbual dan tidak segan menjawab jika disapa, namun untuk memesrainya sebagai teman ambil masa.
Nina bercita-cita nak jadi bomba kerana boleh tolong padam rumah tebakar, tapi kemudian bertukar untuk jadi tentera setelah melihat rancangan di tv yang menunjukkan kepahlawanan tentera wanita. Dan terbaru dia mahu menjadi polis selepas menonton Gerak Khas. Semoga kelak, Afrina dapat menjadi insan berguna. Biarlah apa pun cita-citanya, sama ada bomba, tentera atau polis sekalipun asalkan dia mempunyai satu matlamat untuk berkerjaya dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.












No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers