Wednesday 15 January 2014

Media Baru Yang Baru Penuh Merapu...

Media sosial sudah semakin banyak 'bersosial'. Antara kebenaran dan kepalsuan saling bercampur-baur. Kemanisan dan kepahitan bercantum menjadi satu yang akhirnya segala kebaikan tenggelam dek banyaknya kata-kata fitnah yang berlegar. Seakan diri terbeban enggan menanggung pelbagai kemusykilan dalam media arus semasa yang tampak ketika ini sangat menggila. Bermula penggunaan internet, menular media baru yang segalanya amat mudah, dunia di hujung jari dan dengan sekali 'klik' apa-apa sahaja info boleh diperoleh. Namun, jangan pula lalai untuk menapisnya kerana info yang diperoleh dengan semudah satu 'klik' ini pula belum tentu kebenarannya.


Sememangnya manusia ini acapkali lalai, mahukan mudah dalam kehidupan yang amat mudah lantas malas untuk mengumpulkan pelbagai bahan yang ada, hanya bergantung kepada apa yang terhidang, menjamahnya dan kemudian memasuki setiap rongga badan, menjadi darah dan daging yang akan membekas dalam diri selamanya. Bayangkanlah, jika bahan kepalsuan yang diterima, maklumat salah yang dibaca, fitnah pula yang dipercaya...kemudiannya difikirkan betul dan dibawa sebagai bahan cerita baru untuk dijaja...maka kesannya... Masya-Allah... apabila diri jadi penyebar fitnah, apabila diri jadi alpa tanpa mencari kebenaran maka tidak tertanggung beban dosa yang terkumpul hasil daripadanya... Nauzubillahiminzalik. Inilah natijahnya lantaran penggunaan media sosial, facebook, twitter dan entah apa-apa lagi yang tidak bertapis....

Sebagai insan tentunya mahukan amalan terbaik untuk bekalan nanti, semakin bertambah usia maka semakin banyaklah yang aku kira untuk masa hadapan sendiri, juga untuk di akhirat kelak... dan sebagai isteri aku akui bahawa pemandu ke syurga adalah suamiku sendiri. Berharap padanya untuk terus 'mengimamiku' dalam kehidupan ini dan membawa aku ke syurga di dunia dan akhirat...


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers