Saturday 30 November 2013

Selamat Pengantin Baru Pudin...

Majlis perkahwinan anak tunggal lelaki kakak berlangsung juga di Gombak. Selepas bertanggung kerana kakak dan abang menegerjakan haji, akhirnya ia berlangsung dengan lancar. Majlis ini ibarat mengumpulkan sanak-saudara, dekat dan jauh yang kemudiannya bersama-sama meraikan raja sehari. Dalam kesibukan dengan kerja sebagaimana hujung tahun yang sememangnya amat padat, aku masih berkesempatan mencuri masa untuk bersama-sama dalam majlis ini. Namun, Mr. Hubby dan Nina tak sihat. Kasihan mereka, ketika majlis belum tamat terpaksa pulang ke rumah untuk berehat.


Pada Din dan isterinya, Ain...selamat memasuki gerbang baru dalam kehidupan. Terlalu banyak cabaran namun hanya satu petua yang sangat mujarab untuk pasangan suami isteri iaitu SABAR. Setinggi-tinggi iman adalah kesabaran. Biarpun ikatan sudah terjalin untuk berkeluarga sendiri namun janganlah abaikan keluarga yang sedia ada sebelum ini, pada ayahanda dan bonda...janganlah sesekali kecilkan hatinya kerana doa mereka adalah seribu rahmat, selagi mereka masih ada.... Selamat Pengantin Baru.


 
 






No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers