Wednesday 6 November 2013

Ke Bukit Merah Lake Town Resort

Selepas PRK Sungai Limau, bermalam di Alor Setar bertemu pak mertua yang semakin lanjut usianya. Kemudian kami ke Bukit Merah Lake Town Resort. Sememangnya sudah lama merancang untuk ke pusat peranginan ini namun acapkali percituan dirancang maka tentunya tempat ini sudah penuh ditempah. Kebetulan, perancangan dibuat dipertengahan minggu dan orang pun tak ramai yang bercuti. Kami sampai sekitar pukul 4.00 petang, dan selepas urusan check-in terus menuju ke Eco Park. Macam-macam haiwan ada di dalamnya dengan keterujaan anak-anak menikmati kehijauan alam sekitar.

Waktu malam tiada apa-apa, kami cuma keluar makan malam dan berjalan sekitar tasik sahaja. Perancangan keesokan pagi untuk keluar awal terbantut lantaran anak-anak diserang sakit perut dan muntah-muntah sepanjang dinihari hingga awal pagi. Kasihan mereka, bermula dengan Amira yang muntah-muntah pukul 3.00 pagi, kemudian Achik dan Puteri, Ameer dan Afrina. Pukul 11.00 pagi barulah kami keluar dari bilik penginapan menuju ke Pulau Orang Utan. Ada 24 ekor orang utan di sini yang dipelihara dengan persekitaran alam semulajadi. Pulau kecil ini menempatkan pembiakan dan penjagaan orang utan dengan diselia oleh pakar dan veterina yang melakukan pemantauan sepenuhnya terhadap orang utan agar ia tidak pupus. Selesai makan tengahari kami memasuki taman tema air dengan anak-anak amat ghairah bermain air.

























No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers