Wednesday 11 September 2013

Gold Coast Morib - Kami Datang...

Kerapkali percutian dibuat tanpa perancangan rapi dan kemudiannya itulah yang menjadi realiti. Sememangnya, perancangan untuk ke taman tema Gold Coast Morib telah lama dibuat, malah tempahan terbuka untuk tiga bilik telah dilakukan sejak awal Januari lalu namun asyik tertangguh. Memang pasti pergi tetapi tak tahu bila. Dari keterujaan anak-anak dan kemudiannya tenggelam lantaran terlalu lama janji tidak ditepati maka ia menjadi realiti dikala para pelajar darjah enam berdepan UPSR. Bercuti bukan dihujung minggu memang berbeza, suasana sunyi...nyaman dan tidak ramai pengunjung. Riuh-rendah hanya suara kami sekeluarga.


Apa yang penting adalah kualiti. Dengan tempoh perjalanan yang pendek, sekitar satu jam... ditambah kemudahan selesa dan suasana yang mendamaikan maka tentunya amat berbaloi. Biarpun taman tema perlu dibayar tetapi rasanya berbaloi kerana ia boleh digunakan untuk dua hari kami menginap berbanding ada taman tema yang hanya menetapkan sekali masuk sahaja untuk satu kupon.

Suasana malam di pantai Morib mendamaikan... cuaca juga nyaman tetapi kami tidak mempunyai sebarang perancangan selain berkumpul beramai-ramai dan santai berbual. Anak-anak juga bebas berlarian dengan ceria.





 

 


 




  




 
 








 


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers