Tuesday 27 August 2013

Silaturrahim Aidilfitri

Indahnya apabila Aidilfitri diaplikasi dalam suasana kekeluargaan, diterjemah dengan semangat kerjasama dan saling bantu membantu dengan satu tujuan, meraikan tetamu, mempererat silaturrahim dan memperkukuh ukhwah bersama. Dalam kelansungan suasana kerja yang tidak pernah bernoktah, sememangnya apabila ada sesekali pengisian bersifat kerohanian maka tentunya ia memberi manfaat yang cukup bermakna.

Akrabnya ikatan yang lahir dari rasa tulus, bersama-sama berusaha bagi memastikan perancangan yang julung kalinya dilaksana. Barangkali bagi insan lain melaksanakan jamuan untuk bilangan ratusan kakitangan adalah sesuatu yang mudah namun bagi kami inilah terjemahan dalam perancangan yang singkat, saling memberikan idea dan berusaha untuk menjayakannya dalam impak terbaik. Secara sukarela bersama-sama menceriakan suasana, melayan tetamu dan rakan taulan yang berkunjung dengan ramah dan mesra. Persoalan berkaitan kedudukan, pangkat, latar belakang dan pelbagai perbezaan ditolak ketepi. Yang ada hanyalah keceriaan, bersama menikmati jamuan dalam senda dan tawa yang harmoni. Biarpun begitu, tugasan pada amanah dan tanggungjawab dalam kerja turut lunas.

Dalam berkat Syawal yang masih berbaki 10 hari lagi, ikatan bersama rakan-rakan dalam keluarga besar bahagian ini dapat terus kukuh atas semangat kekeluargaan; ibarat cubit peha kiri maka peha kanan akan turut terasa sakit. :-)





2 comments:

nuhaz said...

cantiknyaa gambar kitaa!!!! ;)

ummiLIN said...
This comment has been removed by the author.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers