Friday 2 August 2013

Khabar Gembira Ramadan

Allahuakhbar. Syukur pada-Mu Ilahi.
Indahnya rahmat-Mu apabila menyiramiku satu persatu.
Hari Jumaat terakhir dalam Ramadan ini, terasa amat syahdu.
Terasa sebak di kalbu tatkala menerima khabar gembira, satu persatu singgah yang amat menceriakan.


Alhamdulillah. Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Lakukan kebaikan tanpa mengharapkan balasan. Berpegang di tali Allah. Laksanakan tanpa sebarang rasa rumit, tanpa rasa perit berdepan dugaan, membantu tanpa perlu diminta, menghulur tanpa harap menerima. Bersyukur atas segalanya biar  sulit atau pahit kerana ketentuan-Nya, Allah akan memberi ganjaran dan balasan yang maha hebat atas segala keredhaan.

Allahuakhbar. Mengajar diri dan sentiasa berpesan agar dapat hidup tanpa sebarang keluhan. Kemanisan adalah harapan namun kepahitan adalah lumrah dalam kehidupan. Pasti, setiap kepayahan akan diganti dengan keceriaan. Nilainya terlalu tinggi jika diukur dengan pengorbanan.

Mohon pada-Mu Ilahi, kurniakanlah kami dengan akal yang waras dan tubuh yang sihat agar kami dapat terus meningkatkan ketakwaan kamu kepada-Mu, terus mencari rahsia kehidupan yang terlalu indah dan terlalu banyak tersembunyi untuk kami kumpulkan sebagai amalan kami dan dibawa keakhirat kelak. Sesungguhnya, tanpa bantuan-Mu Ya Allah, terasa amat kerdil dan longlainya diri untuk melangkah. Maha suci engkay Ya Allah Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa. Allahuakhbar!

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers