Tuesday 2 July 2013

Usia 36 Tahun

Apa yang lebih penting dalam kehidupan selain anugerah kesihatan dan kesejahteraan sepanjang usia 36 tahun ini. Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya atas segala rahmat yang ada. Pengisian usia matang ini sememangnya amat penting dengan kewarasan fikiran melalui pelbagai cabaran hidup. Jika ada rasa getir dan payah berdepan dugaan maka ianya menjadi mudah dengan sokongan Mr. Hubby, keluarga dan rakan-rakan yang sangat memahami.
Sedar, diri ini seringkali terbuai dengan emosi dan gagal melentur rasa tenang namun mujur ianya tidak berpanjangan dan selalunya sentiasa ada insan yang memahami di sisi, bukan hanya suami dan anak-anak, rakan-rakan akrab juga teman-teman sepejabat juga amat mengembirakan.  Ada gurau, ada tawa, ada rasa dan sesekali terguris juga namun tiada pernah tersimpan lama. Senda tidak pernah berakhir dengan sendu.

Redha atas segala yang terbentang dihadapan memudahkan perjalanan hidup. Tiada yang sempurna namun tiada pernah rasa kekosongan. Setiap kekurangan diisi dengan nilai impian untuk penambahbaikan dan kemajuan berterusan. Kelansungan usia yang seterusnya, insya-Allah… ada pengisian untuk yang seterusnya dan semoga kesejahteraan di dunia dan akhirat terpatri abadi. Allahuakhbar!!!

lunch ngan Mr. Hubby

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers