Friday 7 June 2013

Singapura V - Universal Studio

Bukan hanya anak-anak kecil yang akan teruja untuk berkunjung ke Universal Studio Singapura tetapi golongan dewasa tentunya juga ghairah. Aku dan Mr. Hubby juga teruja dengan perancangan ini. Yayan temani kami bersama cucu kecil kami Zara. Thanks to Yayan, sanggup ambil cuti semata-mata untuk bersama kami. Perancangan awal Angah ikut serta tetapi kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan dan kami memahaminya. Tiket yang telah ditempah awal perlu ada penggantinya dan Yayan bersama kami. Sambil itu boleh juga Yayan jadi pemandu pelancong kami kerana kami ke USS dengan pengangkutan awam sahaja.

Perjalanan lancar dan proses tebusan tiket juga tidak bermasalah. Aku ghairah dengan gambar-gambar namun tidak pula teruja untuk bersama golongan popular di Hollywood. Paling menarik adalah transformers sementara anak-anakku menyukai Far far Away atau Sherk. Bayangkan, kami menjelaja bermula pukul 11 pagi hinggalah 15 minit sebelum pukul 7.00 malam iaitu masa untuk USS tutup. Apa yang pasti, ia memang berbalio untuk percutian sekeluarga.

 






   



2 comments:

ummiLIN said...

kak, bdk yg pakai skirt tu Zara eh. bape umur dia? comel la dia

airikamalek said...

Yup, Zara tu cucu akak...kelakar dia panggil akk nenek muda, umur empat tahun tapi sgt petah bercakap

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers