Wednesday 26 June 2013

Jerebu Di Ibu Kota

Kuala Lumpur dilanda Jerebu. Terhasil daripada pembakaran ladang-ladang besar di Indonesia. Dua minggu lalu Singapura yang dilanda jerebu, kemudiannya membawa ke Johor sehinggakan mencapai tahap sangat membahayakan. Sudahnya Muar dan Ledang diisytihar darurat apabila tahap IPU mencecah tahap bacaan 750. Jerebu yang teruk kemudian berterusan ke Melaka, Negeri Sembilan dan ke kawasan Ibu Kota.

Hujung minggu tidak keluar kemana-mana kerana bimbang kesihatan anak-anak melarat, apatah lagi 'bunga-bunga selsema' mula mendekati Ameer dan Nina. Isnin kerajaan istiharkan cuti sekolah di sekitar Lembah Klang, berlarutan ke Selasa dan Rabu.


Semasa jerebu teruk yang berlaku pada tahun 1997, negeri Sarawak mencatat IPU 800 dan negeri itu diisytiharkan darurat jerebu selama hampir seminggu.

Semasa jerebu pada tahun 2005 pula, pengisytiharkan darurat jerebu dibuat di seluruh kawasan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang selepas kedua kawasan tersebut masing-masing mencatatkan bacaan 531 dan 529.


KESAN KESIHATAN AKIBAT JEREBU

1.Jerebu adalah satu keadaan yang disebabkan oleh zarah-zarah halus (particles) yang tidak dapt dilihat oleh mata kasar terampai di alam sekitar (atmosfera) dalam kepadatan yang tinggi.

2.Jerebu ini akan disedut masuk ke dalam sistem pernafasan manusia bergantung pada kadar pernafasan seseorang.

3.Akibat dari menyedut jerebu,ianya akan memberikan kesan berikut:

-Jangkitan kuman pada saluran pernafasan
-Radang paru-paru
-Lelah [asma]
-Sakit tekak
-Sakit mata

4.Segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan sekiranya anda sakit akibat jerebu.

5.Bila berlaku keadaan berjerebu di tempat anda,lakukanlah tindakan berikut:

-Gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai umpamanya memakai 'mask' jenis 3 ply
-Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
-Digalakkan kerap mandi
-Banyakkan aktiviti di dalam rumah/duduk di rumah/kurang kegiatan di luar rumah/sekolah/pejabat dll
-Tutup pintu dan tingkap rumah/pejabat dll
-Gunakan penghawa dingin dalam kenderaan.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN PEMANDUAN DALAM KEADAAN JEREBU

Berikut disenaraikan beberapa langkah keselamatan yang harus dipraktikan oleh semua pengguna jalan raya ketika memandu/menunggang kenderaan dalam keadaan jerebu.

1. Pastikan semua tingkap kenderaan ditutup dan gunakan penghawa dingin dan pastikan ia dalam mod "putaran udara dalaman".

2. Buka lampu kenderaan untuk mencerahkan lagi penglihatan semasa memandu. Elakkan daripada menggunakan lampu kecemasan (hazard light) kerana ia boleh mengelirukan pemandu yang lain. Lampu kecemasan hanya digunakan apabila kenderaan berhenti di tepi jalan semasa berlaku kecemasan.

3. Pemandu harus mengekalkan jarak pemanduan yang selamat di antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya berlaku situasi merbahaya di hadapan.

4. Jangan merokok ketika berada di dalam kenderaan.

5. Pengguna motosikal dinasihatkan supaya memakai pakaian yang berwarna cerah bagi membolehkan pengguna jalan raya yang lain dapat melihat anda dan memakai penutup muka.

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers