Saturday 25 May 2013

Ke Pameran Uniform, Festival Belia


Cuti sempena hari wesak, aku bersama anak-anak berkunjung ke Putrajaya sempena Festival Belia Putrajaya 2013. Tiada dalam perancangan tetapi Angah ingin memulangkan kad pelancongan kepada rakannya memandangkan dia sudah tidak lagi bekerja di kementerian terbabit. Lantas akau membawa bersama anak-anak menemai Angah dan kemudian berkunjung ke Festival ini. Biarpun ini kali kedua festival tersebut berlangsung tetapi ini kali pertama aku datang ke sini.

Tuesday 21 May 2013

Kerjaya: Antara Penilaian dan Penghargaan

Memang adat bekerja, kesibukan akan terus dirasai namun aku sendiri gagal mengerti sifat sesetengah individu yang enggan menghargai amanah yang ada. Aku sedar bahawa tidak semua insan mempunyai perasaan yang sama, bak kata seorang teman kepadaku ' rambut sama hitam tapi hati lain-lain'. Jika dari sudut politik, semua kerja mahukan imbuhan, impikan balasan, inginkan penghargaan dalam bentuk yang zahir, malah bersifat meterial yang dianggap boleh memberi kelapangan hati. Benarkah?

Monday 20 May 2013

Tonsil: Amira Demam Lagi

Amira demam lagi. Sejak Jumaat lalu dia diam saja, tiada banyak bicara seperti biasa dan apabila aku periksa rupanya demam. Dia enggan memberitahu kerana takut ke klinik, dan amat tidak gemar pada ubat-ubatan. Kami berkunjung ke Alam Medik kerana klinik 1Malaysia tutup. Suhu Amira tinggi. 39.1'C. Bila doktor periksa rupanya tonsil Amira membengkak lagi. Besar, merah menyala. Kata doktor ada baiknya buat saja pembedahan untuk buang tonsil tersebut kerana saban bulan mesti Amira demam. Kasihan, Amira dah tak banyak bersuara kerana sakit tekak. Makan juga tidak berselera.

Sunday 19 May 2013

Penuhi Impian Anak-anak

Hari ini aku dan Mr.Hubby keluar berdua. Kami ke Summit USJ, ada niat yang tersimpan rapi, ingin memenuhi impian anak-anak setelah sekian la kerap ditinggalkan. Amira dengan sikapnya yang lebih banyak menyemai impian, mainannya sudah lama tidak dicampur dengan adik-adiknya. Kematangan usianya membuatkan dia enggan berkongsi barang-barang permainan dengan adik-adiknya apatah lagi Ameer dan Nina masih gagal menghargai nilai barangan yang ada.

Rabbit & Nina

Antara Amira, Amer & Nina, terserlah bahawa Nina lebih cenderung kepada tumbuhan dan haiwan peliharaan. Nina tidak takut dengan rabbit Mr. Hubby yang sudah 'dewasa'. Berlarian di halaman bersama-sama dan berada di taman kecil kami. Kemuan pokok-pokok kecil 'digubahnya'.

Rabbit Mr. Hubby sudah semakin 'nakal'. Sangkarnya kelihatan kecil apabila tiga ekor disumbat ke dalamnya. Mr. Hubby lepas bebas rabbit-rabbitnya. Cuma tinggal seekor yang masih berada di dalam sangkar. Si Jantan yang amat nakal.

Monday 13 May 2013

Selamat Hari Ibu


Hari Ibu... sedari kecil aku tidak pernah menyambutnya. Hari-hari bagi aku sentiasa mengenangkan ibu, ketika kecil celik sahaja mata maka ibulah yang dicari malah ketika mahu memejamkan mata tentunya mahu melihat dulu wajah ibu. Itu dulu. Ketika arwah mak masih di sisi dan ketika usiaku muda remaja. Apabila meniti usia dewasa pemahaman ku untuk ibu semakin berubah, jika kecil amat memerlukan ibu sebagai tempat bergantung namun apabila dewasa penghargaan atas kasih sayangnya. Kemudian arwah mak pergi tapi kasih dan pesanan mak tak pernah hilang. Semakin hari semakin bertambah ingatan padanya.

Sunday 5 May 2013

Mengundi PRU ke-13

Tarikh 5 Mei 2013, hari pengundian untuk pilihan raya umum ke-13. Aku memang teruja kerana aku pengundi kali pertama. Biarpun usia sudah 30-an tapi aku baru 'layak'. Sebagai rakyat Malaysia, aku memahami tanggungjawab untuk menentukan masa depan negara berdasarkan kepada siapa pilihan hati untuk menjadi pemimpin. Kata orang, undi adalah rahsia tapi bagi aku undi aku bukan lagi rahsia. Aku memilih kerajaan yang telah banyak memberi jasa kepadaku.

Friday 3 May 2013

Pesta Buku Antarabangsa KL 2013



Tarikh 26 April hingga 4 Mei Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC. Kesibukan pada tugasan menjejaskan diri untuk ‘berpoya-poya’ menikmati bahan bacaan. Namun perancangan dilakukan dengan Jumaat dicuri ruang dalam dua jam untuk membeli bahan bacaan yang baru.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers