Sunday 7 April 2013

Tonsil dan Klinik 1Malaysia



Amira batuk, tidaklah teruk sangat tetapi sudah berlarutan beberapa hari. Pagi ini, selesai kelas taekwando aku merancang membawa Amira ke klinik dan pantas Amira bertanyakan Klinik 1malaysia. Tuturnya, semalam dalam berita Datuk Najib beritahu ada klinik 1Malaysia. Kebetulannya Klinik 1Malaysia tidak jauh dari kediamanku jadi mengapa tidak aku ke sana sahaja daripada ke klinik swasta.

Memasuki Klinik 1Malaysia ini amat selesa. Jika dibandingkan, ia tidak ada bezanya dengan klinik-klinik swasta yang lain. Kakitangan yang bertugas juga mesra dan sedia membantu. Aku cuma perlu mengisi kad pendaftaran Amira dengan menunjukkan mykidnya dan membuat bayaran RM1. Kebetulan tiada pesakit lain jadi kami terus dipersilakan masuk menemui pegawai bertugas. Layanan juga sangat memuaskan. Amira tidak kekok dengan keramahannya, penuh senyum dan diselang seli gurau sambil kata-kata nasihat diberikan.

Amira sakit tekak, ada tonsil yang membengkak. Tuturnya jika tonsil ini boleh menyebabkan gangguan dalam aktiviti seharian makan sarannya bedah sahaja untuk membuangnya namun setakat ini ia tidak melarat. Amira dinasihatkan untuk tidak makan makanan bergoreng dan pedas sebaliknya makan makanan sejuk seperti aiskrim vanila. Terangnya lagi, dalam usia yang semakin remaja tonsil sudah tidak diperlukan lagi kerana ia hanya berfungsi untuk kanak-kanak. 






 

Ketahui Tentang Tonsil


Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya.Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang.

Pada awal usia kanak-kanak, saiz Tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap yang kekal atau plateau. Apabila kanak-kanak mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil.

Hal yang demikian menerangkan mengapa Tonsil jarang kelihatan atau jika dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil pada golongan dewasa.


tonsil yang sihat
Tanda-tanda kanak-kanak mendapat radang Tonsil adalah

1. Demam
2. Sukar untuk menelan
3. Bunyi suara serak/ganjil
4. Nafas berbau
5. Bengkak pada kelenja tekak
6. Tidur berdengkur/berbunyi
7. Kelenja tekak akan nampak merah dan terdapat putih-putih di atasnya.

Bahaya ke tak Tonsil ni?

Macam mana nak tahu jika anak kite terkena jangkitan virus atau bakteria?

--> Jika jangkitan virus,
Anak akan mengalami demam tinggi dan rendah tak menentu masa. Dan anak itu juga kelihatan cergas walaupun dia demam. Demamnya juga adalah lebih panjang.

--> Jika jangkitan bakteria pula,
Anak akan kelihatan lemah dan tidak bermaya, tetapi demamnya lebih singkat. Ia biasanya mempunyai kecenderungan untuk serangan yang berulang-ulang.

Jadi si comel kite tu kena jangkitan virus, sebab dia memang cergas, cuma demam kejap tinggi kejap rendah tapi malam selalu suhunya tinggi dan dah 4 hari dah telan antibiotik masih tinggi juga demamnya sebab tu kene tahan wad 2 hari.

Tapi jika jangkitan bakteria lagi berbahaya 


--> sebab jangkitan virus adalah dari salur pernafasan (upper respiratory tract infection) 

--> Makakala bakteria pula, biasanya daripada jenis beta hemolitik streptokokus dikenalpasti sebagai punca jangkitan yang paling kerap berlaku. Jika jangkitan tonsil ini merebak ke kawasan peritonsilar, maka manifestasinya akan menjadi lebih teruk sedikit.

Kawasan peritonsilar akan mengalami keradangan dan kadang-kadang pengumpulan nanah akan berlaku. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan ada kalanya menyebabkan kesukaran bernafas.






Menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Surgeri Kepala dan Leher, Kelana Jaya Medical Centre, Dr. Samril Bokari, tonsilitis di kalangan kanak-kanak boleh membahayakan nyawa.

tonsil yang telah dibedah
Ini kerana jelas beliau, apabila sampai tahap kritikal masalah itu boleh mengganggu sistem pernafasan selain membawa jangkitan ke organ dalaman lain seperti jantung dan buah pinggang.

"Lazimnya kanak-kanak yang mengalami demam, antara perkara pertama yang akan diperiksa oleh doktor ialah memastikan sama ada tonsil mereka membengkak ataupun tidak.

"Sekiranya tonsil membengkak doktor akan mengenalpasti adakah itu jangkitan kuman virus atau bakteria.
"Sekiranya bengkak tersebut disebabkan bakteria pesakit perlu berhati-hati kerana ia boleh membawa maut," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Secara umumnya semua orang mempunyai tonsil yang merupakan bonjolan di tepi kiri dan kanan anak tekak.
Bonjolan ini tidak berbahaya kerana tonsil berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan badan daripada serangan kuman.

Begitupun kebanyakan kanak-kanak mempunyai tonsil yang lebih besar berbanding orang dewasa kerana tubuh baru mengenali kuman dan bakteria.

Bagaimanapun apabila meningkat dewasa bonjolan ini semakin mengecil dan fungsinya sebagai satu mekanisme pertahanan diri daripada kuman juga tidak penting lagi.

Tambah Dr. Samril lagi, walaupun pada dasarnya tonsil berperanan sebagai sistem pertahanan badan daripada serangan kuman, tetapi ia hanya berfungsi pada tahun pertama kelahiran.

Ini kerana jelas beliau selepas tahap tersebut, tonsil tidak lagi berfungsi dan sistem imuniti badan akan diambil alih oleh kelenjar limfa yang lain.

Jelas Dr. Samril, pada dasarnya, tonsil akan membengkak akibat daripada jangkitan virus ataupun bakteria.
Begitupun sekiranya hanya jangkitan virus, tonsilitis boleh pulih sendiri kerana pesakit hanya akan mengalami bersin, hidung tersumbat, selesema dan juga batuk.

Secara amnya, tonsil membengkak boleh pulih dengan sendiri namun pengambilan antibiotik membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Katanya, sekiranya masalah tonsil membengkak berulang empat atau lima kali setahun, pesakit dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang tonsil.

Situasi ini perlu sekiranya keadaan menjadi lebih kronik kerana ia menghalang sistem pernafasan selain tonsil tersebut akan bernanah.

Bagi yang mengganggu sistem pernafasan, ini dapat dilihat apabila pesakit akan berdengkur sewaktu tidur selain mulutnya berbau.

Apabila ditanya mengenai pandangan ramai yang mengatakan pembuangan organ terbabit akan menjejaskan sistem pertahanan tubuh, katanya, ia sebenarnya adalah satu kepercayaan yang salah.

Yang pasti, pembuangan tonsil tidak akan menjejaskan mana-mana bahagian malah pesakit akan lebih sihat selepas pembedahan dilakukan.

Sumber: utusan, rujukvitaminku, antararealiti

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers