Tuesday 30 April 2013

Saman…



Apa pilihan yang ada selain ini jalan terakhir yang terpaksa diambil. Jalan perbincangan bertemu ruang buntu, tolak ansur sudah tidak dihargai malah semua janji-janji manis sebelum ini lebur begitu sahaja lantaran haloba menguasai diri. Sayu rasa hati. Sememangnya tidak ada sesiapan pun yang mahu urusan mudah dibawa ke ruang perundangan namun jika inilah jalan yang ada bagi menuntut hak maka ia terpaksa dilakukan.


Awalnya pembatalan dilakukan dan kami hanya meminta wang yang kami telah belanjakan untuk pelbagai urusan termasuk deposit awal dipulangkan sahaja. Malangnya balasan yang diterima cuma sebahagian sahaja wang yang mahu dipulangkan. Sudahnya aku minta nasihat dari pengamal undang-undang yang aku kenali. 

Dua pilihan diberikan sama ada teruskan penjualan atau tuntutan wang dengan pelbagai caj termasuk kerugian yang aku alami. Namun dia masih enggan beransur sehinggakan tindakan saman dibuat.

Kecewa... amat terkilan. Namun inilah lanjutannya. Nasihat yang aku terima dari pengamal undang-undang ini, Insya-allah aku akan dapat kembali wang yang aku telah gunakan sepenuhnya dan mungkin juga termasuk kos ganturugi yang telah aku lalui selama ini. Namun ruang waktu yang lebih lima tahun berlalu dan untuk kami mencari apa yang telah kami ‘hilang’ amat payah.

Mr. Hubby pasrah. Tidak banyak omelnya yang turut memaksa aku juga tidak merungut. Diam Mr.Hubby penuh dengan rasa kesal namun aku kenal dirinya. Tidak diluah barangkali kerana mahu mengubati rasa gundah aku sendiri.

Pengajaran yang diambil: redha dengan rezeki dari-Nya. Jika masih belum rezeki kami maka usahakanlah bagaimana sekalipun maka tidak akan ia menjadi mulik kami. Kesyukuran dipanjatkan kerana masih banyak lagi rezeki dan anugerah dari-Nya kepada kami biarpun yang sekelumit ini tidak menjadi. Bukan rezeki kami untuk memilikinya.... 
  



No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers