Tuesday 30 April 2013

Saman…



Apa pilihan yang ada selain ini jalan terakhir yang terpaksa diambil. Jalan perbincangan bertemu ruang buntu, tolak ansur sudah tidak dihargai malah semua janji-janji manis sebelum ini lebur begitu sahaja lantaran haloba menguasai diri. Sayu rasa hati. Sememangnya tidak ada sesiapan pun yang mahu urusan mudah dibawa ke ruang perundangan namun jika inilah jalan yang ada bagi menuntut hak maka ia terpaksa dilakukan.

Saturday 27 April 2013

Nota Amira



Sejak Amira pandai membaca dan menulis, telah pelbagai tulisan aku terima darinya. Dalam bentuk surat, nota, mesej dan juga berbentuk catata harian. Memang Amira ada buku tulisan harian, disimpannya sendiri dan enggan ditunjukkan pada sesiapa, waima aku. Aku hormati pendiriannya. Namun, dalam usia kecilnya, pelbagai nota yang diterima dan yang aku terbaca membuat aku rasa terharu.

Aku imbas kembali zaman kanak-kanakku, memang aku gemar menulis malah siap ada sebuah buku untuk pelbagai angan-angan yang bermain di mindaku....dan kini Amira turut bersifat sedemikian.

Monday 22 April 2013

Amira & Taekwando


Hari ini Amira ada ujian. Peperiksaan untuk kenaikan tali pinggang daripada tali pinggang putih ke tali pinggang kuning. Ameer masih belum layak kerana dia tidak fokus. Maklumlah, usianya baru 5 tahun, dan penyertaannya dalam taekwando ini cuma kerana keghairahannya. Amira lebih serius dan tumpuannya kepad pembelajaran jelas terbukti.

Friday 12 April 2013

Happy Birthday Mr. Hubby



Mr. Hubby dah 37 tahun… tiada sambutan istimewa daripada isterinya kerana sibuk...bukan hanya Mr. Hubby yang sibuk tapi isteri Mr. Hubby pun sangat sibuk juga. Semoga dengan pertambahan usia ini Mr. Hubby akan lebih tenang dan matang dalam berdepan dugaan, paling penting tak marah-marah selalu sebab Mr. Hubby garanggg...hehehe kata anak-anak la....

Sunday 7 April 2013

Tonsil dan Klinik 1Malaysia



Amira batuk, tidaklah teruk sangat tetapi sudah berlarutan beberapa hari. Pagi ini, selesai kelas taekwando aku merancang membawa Amira ke klinik dan pantas Amira bertanyakan Klinik 1malaysia. Tuturnya, semalam dalam berita Datuk Najib beritahu ada klinik 1Malaysia. Kebetulannya Klinik 1Malaysia tidak jauh dari kediamanku jadi mengapa tidak aku ke sana sahaja daripada ke klinik swasta.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers