Tuesday 29 January 2013

Rbit Mr. Hubby



Rbit Mr. Hubby dah besar… tapi dari enam ekor anak yang lahir Cuma tinggal dua ekor saja. Mr. Hubby cakap rbit-rbit ini manja tapi aku bukan berani pun mendekatinya, jauh sekali untuk menyentuhnya. Tapi aku suka ada rbit-rbit yang berkeliaran di laman rumah, apatah lagi bila saban hari dapat melihat perkembangan pembesarannya...
Comel, mesra dan berlarian di laman apabila dilepaskan. Gemas menyelit dicelah-celah pasu atau batu hiasan laman, tapi kemudiannya mudah pula dikerah untuk masuk ke sangkar. Memang kalau Mr Hubby ada di rumah maka rbit-rbit ini akan dilepas bebas berkeliaran. Pernah juga tiba-tiba si Jojo (rbit pemberian Filza - putih bertompok coklat) lepas dari pandangan mata maka melilaulah kami semua mencarinya. Habis rumah-rumah jiran pun dijengah. Bimbang jika diserang anjing-anjing yang sesekali lalu di laman. Namun akhirnya, si Jojo bukan hilang sebaliknya menyelinap di celahan pasu-pasu besar yang ada di laman. Huhhh...

Gambar terbaru...dah besar dahhh




Gambar pada 17 Disember 2012
 

Gambar pada 18 Disember 2012



Gambar pada 4 Januari 2013

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers