Wednesday 23 January 2013

Apa Yang Terbaik Untuk Anak?


Semua ibu bapa impikan yang terbaik untuk anak-anaknya dan sedaya upaya juga akan melengkapkan keperluan anak-anak. Demikian juga aku yang mahu melihat Amira, Ameer dan Nina membesar dalam keadaan seimbang, lengkap ilmu dunia dan akhirat. Begitu pun aku dan Mr.Hubby tidak pernah menetapkan apa cita-cita anak-anak malah kami fikirkan biarlah ia berlangsung dengan sendirinya, iaitu mereka buat pilihan sendiri dengan pengawasan dari kami.
Melihat proses pembesaran anak-anak terasa benar masa cepat berlalu. Dalam keadaan tersebut keperluan anak-anak bukanlah terhadap ilmu pelajaran semata-mata malah kemahiran juga boleh digilap dari awal. Ketika usia lima tahun, Amira meminta kelas piano dan ia tertunai ketika usianya memasuki tujuh tahun. Lantas sekarang Ameer dalam usia lima tahun juga amat teruja untuk mengikuti apa saja yang dilakukan kakaknya, maka kelas ukulele diambil untuk Ameer. Bersama Amira, Ameer mengikuti kelas ukulele di Nova Ars Music Centre.

Kemudian Ameer meminta kelas kafa namun malangnya tidak banyak sekolah yang mengambil pelajar kafa pada usia lima tahun. Jika ada pun aku berdepan masalah pengangkutan. Maka jalan penyelesaiannya aku dan Mr. Hubby sepakat mengupah pengajar persendirian untuk mengajar mengaji dan fardu ain Amira dan Ameer. Ustaz Fakrullah yang mengajar di kafa Puchong Perdana memulakan tugasnya Isnin lalu dan akan berulang pada hari Rabu melengkapkan tugasan dua kali seminggu selama satu jam di rumah.

Pengisian persekolahan Amira juga penuh dengan sesi pagi kelas kafa, dan petang sekolah kebangsaan sementara Ameer di Smart Reader Kids akan memulakan kelas bermula 8.30 pagi hinggalah 11.30 pagi dengan intensif sehingga 1.00 tengahari pada hari Selasa dan Rabu. Begitu pun Amira perlu menghadiri toturial English Class pada setiap pagi Sabtu.

Pagi Ahad pula Amira dan Ameer akan mengikuti kelas taekwando, juga permintaan Amira dengan keterujaan Ameer untuk turut serta. Seawal 8.00 pagi hinggalah 9.30 pagi mereka akan mempelajari ilmu mempertahankan diri dan kemudiannya pada pukul 12.00 tengahari kelas muzik.

Kelihatannya jadual yang padat tetapi Amira dan Ameer dilihat sangat seronok mempelajari sesuatu yang baru dan berbeza. Semuga dengan pengisian yang pelbagai akan mencambahkan benih dan kematangan buat Amira dan Ameer serta dapat menyemai bakti pada kami, agama, bangsa dan negara kelak. 




No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers